“Mak Dia Waktu Pregnant Rajin Pakai Maskara Ke?,” – Kongsi Video Tengah Layan Anak, Bulu Mata Bayi Hairul Azreen Jadi Bualan Netizen

Beberapa hari lalu, Hairul Azreen ada berkongsi sepotong video pendek menerusi Instagram yang merakamkan aksinya yang sedang ‘berbual’ dengan anak bongsu, Alisa Aisyah.

Layanan mesra si bapa terhadap anak kecil sambil bertanya sama ada sudah maju tidur nyata mengundang perhatian netizen apabila video tersebut sehingga kini sudah pun ditontom lebih 350,000 kali.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ini jelah masa kita ada utk peluk & tidur dgn anak2 nanti dia dah besar tak mau nya dia tdo dgn kita , tak percaya tanya diri sendiri Hahahah jadi hargai saat2 dorg masa baby n kecik ni walaupun tidur kita tak lena, kena bangun buat susu atau pun tukar lampin , utk beberapa tahun ni je 🥰😍🥰 @theyusufiskandar @thealisaaisyah

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

“Ini jelah masa, kita ada utk peluk& tidur dgn anak2. nanti dia dah besar, tak mau nya dia tdo dgn kita , tak percaya tanya diri sendiri.

“Hahahah jadi hargai saat2 dorg masa
baby n kecik ni walaupun tidur kita tak lena, kena bangun buat susu, atau pun tukar lampin, utk beberapa tahun ni je,” tulis Hairul menerusi ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat memuji bulu mata bayi comel perempuan berusia lebih dua bulan itu yang disifatkan lentik dan lebat, tak ubah seperti mengenakan maskara!

Hairul berkahwin dengan Hanis pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan menimang cahaya mata sulung, Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.

Manakala anak kedua pasangan ini telah dilahirkan pada 24 Mei lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto: Instagram Hairul Azreen

Sumber : MediaHiburan


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Mak Dia Waktu Pregnant Rajin Pakai Maskara Ke?,” – Kongsi Video Tengah Layan Anak, Bulu Mata Bayi Hairul Azreen Jadi Bualan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*