Mahu Fokus Ibadah Haji, Neelofa Tak Main Facebook & Twitter

Usahawan dan pengacara, Neelofa tidak akan mengendalikan dua laman sosial miliknya sehingga dia pulang daripada mengerjakan ibadah haji.

Menerusi laman sosial Facebook, Neelofa berkongsi satu entri tentang pemergiannya mengerjakan haji dan sepanjang keberadaanya di Tanah Suci, akaun Facebook dan Twitter rasminya akan dikendalikan oleh pihak pengurusannya.

“Dear all, as I will be away performing hajj, my Facebook and Twitter will be managed and curated by my admin from today until 15th August 2019,” tulis Neelofa.

Pemergian Neelofa ke Tanah Suci turut diiringi ibunya, Datin Noor Kartini serta dua adik lelakinya, Mohamed Aqief dan Mohamed Faliq.

 

Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang mahu Neelofa melupakan sebentar urusan perniagaan dan menumpukan sepenuh perhatian pada ibadahnya.

Ramai juga yang mendoakan perjalanan pergi dan balik Neelofa sekeluarga selamat dan dipermudahkan

“Tumpukan pada ibadah lupakan dunia…seketika..semuga perolehi Haji Mabrur.. Aamiin,” ujar seorang netizen.

“Selamat menunaikan ibadah haji Lofa sis dan keluarga. Semoga dipermudahkan dan Haji Mabrur.. Aamin. Take care sis,” pesan seorang netizen.

Malah, ada juga netizen yang terkejut apabila mengetahui Neelofa sendiri yang mengendalikan akaun Facebook dan Twitternya selama ini.

Biarpun akaun Facebook dan Twitter dikendalikan oleh pengurusannya, Neelofa tetap aktif di Instagram terutamanya di Insta Story apabila dia berkongsi momen-momen indah sepanjang berada di sana.

Terdahulu, perjalanan Neelofa yang sepatutnya dijadualkan pada 4 Ogos telah tergendala selama dua hari kerana mempunyai masalah visa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Mahu Fokus Ibadah Haji, Neelofa Tak Main Facebook & Twitter"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*