“Macam Tak Percaya, Di Mata Saya Mereka Masih Baby” – Anak Fasha Sandha Bakal Masuki Sekolah Rendah

Aktres jelita, Fasha Sandha berkongsi foto ketika meluangkan masa bersama keluarganya di sebuah taman tema air tempatan .

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Fasha, dia gembira kerana dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya yang bakal memasuki sekolah rendah tidak lama lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yeah tugasan dah selesai hari ni, sempat nak balik masak later 😁❤️ . . . Sejuknyaaaaa kain @alwadelhijab #astro 💕 #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Fasha juga umpama tidak percaya dua orang anaknya membesar dengan begitu cepat.

Seperti diketahui ramai, Fasha telah dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan bersama bekas suami Rizal Ashram Ramli iaitu Putra Rayfal kini berusia enam tahun, manakala adiknya, Putri Raysha Jemaima pula berusia empat tahun.

“Terima kasih suami untuk short get away. Walaupun dua hari je, anak-anak happy sebab dah nak sekolah besaq (sekolah rendah) in few days.

“Anak-anak I dah nak sekolah besaq, macam tak percaya, di mata i depa masih baby.

“Thanks Nanni and Mucha for joining us, thanks sayang manjakan isteri you, sekali sekala je boleh jadi macam baby,” tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Fasha memberikan respon positif dan memuji kebahagiaan keluarganya.

Pada 30 Mac lalu, Fasha, 35, selamat bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz, 31, dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.15 pagi, dalam majlis yang berlangsung di kampung halamannya di Perlis.

Majlis persandingan di sebelah keluarga pengantin perempuan dilangsungkan pada hari sama, manakala acara bertandang pula diadakan di Rembau, Negeri Sembilan, 6 April lalu.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Macam Tak Percaya, Di Mata Saya Mereka Masih Baby” – Anak Fasha Sandha Bakal Masuki Sekolah Rendah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*