Kita Adalah Pelakon Utama Untuk Cerita Kita

Di dalam dunia realiti, kita semua adalah pelakon.

Ya. Bahkan kita adalah pelakon utama untuk cerita kita.

Kisah kita yang berbeza.

Kita yang membawa pelbagai watak yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran kita.

Siapa pengarah kita? Allah.

Al-Quran dan sunnah Nabi sebagai skrip dan panduan untuk kita.

Dan kita akan mendapat anugerah yang abadi kelak iaitu Syurga sekiranya kita berjaya menjadi pelakon terbaik di mata Allah.

Pelakon yang mengikut perintah dan arahan pengarahnya serta memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan lakonan di pentas dunia.

Ianya layak untuk pelakon yang hebat yang mengikut skrip dan panduan yang betul iaitu Al-Quran.

Jika kita tidak bersetuju dan ingk4r akan perintah pengarah? Maka silalah cari dunia lain atau planet lain yang bukan milik Dia

Mustahil bukan?

Memang mustahil kerana semuanya milik Dia.

Tetapi kita tetap saja bodoh s0mb0ng ingin mel4nggar perintah Allah. Bukan sahaja ingk4r malah kita menggunakan pula pinjaman dari Dia.

Tetap saja tinggal di bumi Dia. Menghirup udara Dia dan menggunakan jasad dan nyawa yang dipinjamkan olehNya.

Dan malah kita ingin mendabik dada?

Padahal kita nothing!

“Sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya untuk kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya.” (18:7)

Dunia adalah perhiasan. Ia nampak pada zahirnya begitu cantik… menarik… indah… namun sayangnya penuh tipu daya. Akhirnya ia berjaya membuatkan ramai yang terpedaya.

Harta.

Pangkat.

Kuasa.

Kita rasa kita punya banyak harta dan kerana itu kita berasa hebat.

Qarun juga punya banyak harta tetapi kerana kes0mb0ngannya Allah teng gelamkan dia beserta hartanya di dalam bumi. Kaya bukan bererti Allah memuliakan kita jika itu membuatkan kita semakin jauh daripada Allah.

Kita rasa kita hebat kerana kita ada kuasa dan jawatan. Kita gunakan ke arah yang salah dan beranggapan bahawa Allah redha dengan kita.

Fir4un juga diuji dengan kuasa tetapi Dia begitu 4ngkuh mengaku sebagai Tuhan. Akhirnya Allah tenggel4mkan dia beserta bala ten teranya di dalam laut. Kuasa bukan tanda kemuliaan jika ia membuatkan kita terses4t.

Dunia?

Semua orang boleh mendapatkan dunia. Kenapa? Kerana Allah Maha Pemurah dan Dia memberi dunia kepada sesiapa sahaja baik yang beriman ataupun tidak beriman. Dunia itu murah bagi Allah, so everyone can have it!

Akh1rat?

Tidak semua mampu mendapatkan akh1rat. Kenapa? Kerana Allah Maha Penyayang hanya kepada orang mukmin yang beriman dan bertaqwa sahaja.

Hanya mereka yang layak mendapat akh1rat. Akh1rat itu mahal, so only the selected people can have it!

Dunia ini sebagai pentas lakonan untuk kita.

Sampai suatu masa nanti kita akan bersara dan meninggalkan dunia ini.

Dan Allah akan menghimpunkan kita untuk memutarkan kembali filem kehidupan kita ketika di perhimpunan Mahsyar.

Satu persatu akan ditayangkan kehidupan kita ketika di dunia.

Apa yang kita lakukan adalah selari dengan panduan yang diberikan iaitu Al-Quran?

Adakah kita mengikut perintahnya Allah, pengarah kita?

Adakah kita mengikut sunnah Nabi kita?

Satu persatu kisah kita ditayangkan dan tiada satu pun terlepas. Ibarat pita rakaman. Satu demi satu. Dan ketika itu, tidak mungkin mampu diputarkan kembali masa yang berlalu.

Samaada kegembiraan atau penyesalan yang menanti kita kelak?

Samaada kita akan mendapat anugerah yang selayaknya atau balasan yang buruk?

Semuanya ditentukan oleh keadaan kita sekarang di dunia.

Pentas lakonan kita belum lagi berakhir. Oleh itu, kita masih ada peluang untuk memperbaiki diri menjadi pelakon yang terbaik di mata Allah.

Ikut perintah Allah.

Ikut Al-Quran dan sunnah Nabi.

Maka kita akan selamat.

Jika kita tersilap langkah? Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat. Pintu taubat akan sentiasa terbuka sehingga tibanya saat Allah memanggil kita kembali padaNya.

Allah suka kepada hambaNya yang sentiasa bertaubat lagi dan lagi. Take it as a chance for repent!

Semoga anugerah terbaik yang kita akan terima adalah SyurgaNya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kita Adalah Pelakon Utama Untuk Cerita Kita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*