Kenapa? Azam Tak Sampai Sebulan, Dah Terbengk4lai.

Azam #1 : Nak jadi s4do (macam Fattah Aman)

Azam #2 : Nak berhenti mer0k0k

Azam #3 : Nak jogging setiap pagi

Azam #4 : Nak jaga d1et

Azam #5 : Nak kulit flawless (macam Fazura)

Saya pasti kita semua pernah membuat senarai azam seperti di atas atau setidak-tidaknya cuma berazam di dalam hati.

Asal azam, mesti nak masuk tahun baru. Asal tahun baru, mesti sibuk nak berazam. Klise sangat, kan?

Sama ada terlaksana atau terbengkalai, itu semua bergantung kepada strategi tuan punya azam.

Perlukah tunggu tahun baru untuk berazam?

Mungkin pada sesetengah orang, mereka memandang tahun baru sebagai titik tolak untuk perubahan yang lebih baik.

Ini satu niat murni yang harus disokong kerana kesediaan untuk perubahan yang positif.

Pada saya sendiri, bila jiwa sudah terdetik untuk berubah, mulakan tanpa tangguh, pada saat itu juga, tanpa harus menanti tahun baru, bulan baru atau minggu baru.

Kita sendiri pun tidak tahu kebarangkalian yang bakal terjadi pada masa hadapan, maka bersegera dalam melakukan kebaikan itu lebih baik.

Tapi, tak sampai sebulan, dah terbengk4lai? Whyyyy?

Satu masalah kita, bila orang lain berazam, kita suka terikut-ikut, bila tak mampu nak ikut, semuanya jadi kalut, azam yang lepas-lepas pun ke laut.

Kadang-kadang kita terlalu banyak azam yang di senarai membuatkan kita hilang fokus dengan perkara yang harus menjadi keutamaan.

Sepatutnya, fokuskan kepada misi yang kita yakin berupaya untuk mencapai sasarannya dalam satu-satu masa yang ditetapkan.

Biar azam sedikit, asalkan kita tahu BIG WHY, jelas misi dan visinya. Biar azam tidak berjela-jela, asalkan kita sentiasa aktif melaksana hingga tercapai sasarannya.

Paling penting, jaga niat dan perbaharui niat setiap hari.

Biar segala pekerjaan diniatkan kerana Allah, agar dinilai sebagai ibadat, selain bertujuan meraih redha dan keberkatan dariNya.

Juga jangan dilupa.

Jika kita boleh berazam untuk segala kebaikan yang meliputi kehidupan duniawi, kenapa tidak kita berazam untuk menyediakan diri demi satu kehidupan abadi di akh1rat?

Mungkin kita lupa…

Tanam rumput, dapat rumput. Tanam padi, dapat padi dan rumput.

Begitu juga, cari dunia dapat dunia. Cari akhirat, dapat akh1rat dan dunia sekaligus.

Buat renungan bersama, satu firman kasih dari Tuhan,

“Orang yang menghendaki kehidupan sekarang (dunia), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya (di akh1rat) ner4k4 Jah4nnam; dia akan memasukinya dalam keadaan terce la dan teru sir. Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akh1rat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik.” (Surah Al-Isra 17:18 – 19)

Selamat berazam dan beramal!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kenapa? Azam Tak Sampai Sebulan, Dah Terbengk4lai."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*