“Keluarga Dah Tak Tanya Pasal Anak” – Siti Saleha

Sudah dua tahun mendirikan rumah tangga tetapi belum dikurniakan cahaya mata, pelakon Siti Saleha menyerahkan semuanya kepada rezeki ditentukan Allah SWT.

Dalam pada itu, Saleha juga bersyukur kerana tidak lagi dihujani pertanyaan tentang cahaya mata oleh peminat mahupun keluarga.

“Walaupun sudah dua tahun berumah tangga, kami masih lagi dalam fasa berbulan madu. Tidak dinafikan kami ada bercakap tentang zuriat.

“Kami tidak merancang, sebaliknya semuanya adalah rezeki dari Allah. Bila ada nanti, adalah…Saya harap semua dapat mendoakan yang baik-baik dan dipermudahkan urusan kami,” katanya kepada HLive!.

Sebelum ini, Saleha pernah memberitahu soalan mengenai anak bukanlah sesuatu yang neg@tif, sebaliknya ia hanya perkara biasa.

Cuma katanya, jika mahu bertanya soalan peribadi kepada sesiapa pun, perlu ada caranya.

Saleha dan suaminya Ahmad Lutfi Azhar bernikah pada 28 Julai 2017 di TPC Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Double happiness ❤️ My sister delivered a beautiful baby girl today. Alhamdullilah 💕🤲🏻

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho) on

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hello! 👋🏻 , from Goldy and I. #50yearsanniversary #moonwatch #OMEGAmychoice

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Keluarga Dah Tak Tanya Pasal Anak” – Siti Saleha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*