“Kalau Setakat Saya Yang Berlakon Belum Tentu” – Ini Sebab Erma Fatima Bawa Pelakon Komersial Ke Pentas Teater

Pengarah, penerbit dan pelakon Erma Fatima akui pengambilan pelakon komersial ke pentas teater adalah disebabkan populariti yang dimiliki. 

Menurut Erma, jikalau hanya dirinya yang berlakon, agak susah untuk menarik penonton hadir memandangkan menonton teater bukan budaya masyar4kat Malaysia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Perjuangan tkn pernah sia-sia.. Biarlah… #pawanaisabella

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

“Ini memang selalu dipertikaikan apabila saya membawa masuk pelakon komersial ke pentas teater sehinggakan saya berasa tidak kisah.

“Mereka ini adalah pelapis-pelapis yang akan menjadi pelakon hebat suatu hari nanti.

“Mereka harus mengenal apa itu lakonan teater. Menonton teater bukan budaya masyar4kat kita. 

“Terlalu susah untuk kita membawa orang untuk datang menonton teater. Kalau setakat saya yang berlakon belum tentu panggung itu penuh. 

“Jadi saya menggunakan populariti pelakon itu untuk menarik penonton datang ke Istana Budaya. 

“Tidak ada d0sa atau salah pun. Lainlah kalau mereka tidak pandai berlakon ataupun kayu,” katanya.

Erma ditemui usai pementasan teater Pawana Isabella yang diadakan di Istana Budaya pada malam Rabu lalu.

Tambah Erma dia mengambil risiko apabila membuat keputusan mengambil pelawak dan penyampai radio Johan sebagai salah seorang pelakon. 

“Saya mengambil risiko paling besar apabila membuat keputusan untuk mengambil Johan. 

“Ini semua disebabkan populariti yang ada pada dirinya walaupun pada hakikatnya ada orang lain yang mampu membawa watak Johan.

“Mesti orang ramai akan terfikir lawak apa yang akan dibawa Johan pada malam pementasan tersebut tetapi sebenarnya tidak ada. Dia tidak dibenarkan untuk melakukannya,” tambahnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nahhh! I belanja satu gambar.. tolonglah buat gosip… #publisitimurah

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Teater Pawana Isabella mula dipentaskan mulai 21 hingga 31 Ogos di Istana Budaya. 

Teater arahan Erma Fatima ini dibintangi oleh Syafiq Kyle, Janna Nick, Datuk Afdlin Shauki, Azar Azmi, Johan dan Ozlynn.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kalau Setakat Saya Yang Berlakon Belum Tentu” – Ini Sebab Erma Fatima Bawa Pelakon Komersial Ke Pentas Teater"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*