“Jangan Demand Sampai Gaji Orang Lain Ciput Pasal Nak….” – Noorkhiriah

Pelakon Noorkhiriah mengakui bukan mudah untuk kekalkan nama sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Noorkhiriah berkongsi beberapa tips kepada orang ramai yang menyimpan hasrat untuk bergelar seorang pelakon.

“Nah tips. Baca jangan malas. Sesiapa nak jadi pelakon buat betul-betul jangan memain. Jangan demand sampai gaji orang lain ciput pasai nak bayar kau tinggi, time orang nak buat duit betul-betul, keja sunguh-sungguh, hormat call time, zakat jangan lupa bayar.

“Bagi mak pak, korang tengok rezeki yang masuk macam ayor mengalir je. Lepas tu doa jangan putus. Dah doa mestilah solatkan dan jangan wat naya caras-mencaras job tak elok.

“Rezeki kita Allah dah tetapkan dan cuba usaha sendiri sebab kadang-kadang mengharapkan orang tak ke mana. Sesiapa nak jadi artis bukan retis mental fizikal kena kuat jangan letop takat satu drama lepas itu hilang.

“Buat betul-betul, biar lambat asal bertahan. Tak femes sangat pun tak apa tapi bila dah tak ada orang ingt. ooooo . Dulu dia ni bla bla blaaaa lepastu kalau orang ingat Al Fatihah akan disedekahkan. Kalau orang lupa, maafkan saja. Melayukan mudah lupa,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nah Tips…BACA…jgn mls😆…ssapa nak jd pelakon wat bebetui jgn mmain..jgn demand smpai gaji orglain ciput pasai nak bayor ko tinggi,time org nak wat duit bbetui,keja ssunguh,hormat coltime..zakat jgn lupa byr..bg mak pak,korg tgk rzki yg masuk mcm ayor..mengalir je..pas2 doa jgn putus..dh doa mestilah solatkan..dan jgn wat naya caras mcaras job tk helok..rzki kita Allah dah tetapkan..dan cuba usaha sndiri sb kdg2 mharapkan org tk kemana..ssapa nak jadi artis bukan retis mental fizikal kena kuat..jgn letop takat 1 derama pastu ilang..wat betui2..biar lambat asal btahan..tk pemes sgt pun tkpe tp bila dah tkde org ingt..ooooo..dulu dia ni bla bla blaaaa..pastu klu org ingt Al Fatihah akan disedekahkan..klu org lupa,maafkan saja..Melayukan Mudah LUPA..

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Noorkhiriah dan mereka turut mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.

“@azmawiyah1706: Yang penting usaha dan keja keras tu halal.”

“@azzazawari: Orang cantik selalu kena caras. Tak apa Allah no sleep. Sob sob sob. Aku sedih amat amat g.”

“@hashtagsrihartamas:Iya! Calltime PENTING! JANGAN buat orang menunggu. Hormati semua orang dekat set biar pun orang itu hanya sekadar buat air untuk ko. Jangan judge orang dari segi kereta apa dia bawa. Jangan sesekali kali lupa diri. Apa-apa pun aku sayang ko Pah @khiriah17.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Jangan Demand Sampai Gaji Orang Lain Ciput Pasal Nak….” – Noorkhiriah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*