Istighfarlah… Ianya Pelita Cahaya Kepada Kesempitan

“Aduh! Banyak sungguh hutang bulan ini. Habislah aku… Habislah aku….?”

“Alahai. Bila nak dapat anak ni?…. Sedihlah… Ramai dah bertanya ni.”

“Aduhai. Musim kem4rau pula. Habis kebun aku!”

Kita seringkali menyimbah res4h terhadap ujian-ujian seperti disebut di atas. Insan adalah insan. Lemah tatkala ditimpa ujian. Sering merungut tanpa arah. Sering mengeluh dengan penuh emosi.

Sedang ujian datang menimpa, perasaan duk4cita dan rasa tew4s mencalar jantung hati. Ayuh, kenanglah hayat perjalanan kisah kita, berapa banyak m4ksi4t dan d0sa telah dilakukan.

Tahukah antara penghalang rahmat Allah dengan kita adalah d0sa kita? Cuba soal diri kita sendiri.

“Bolehkah kita tidak berbuat d0sa?”

Jawapannya sudah tentu tidak boleh. Kita bukannya maksum. Kita memerlukan penawar kepada peny4kit hati ini.

Kita memerlukan pelita cahaya dalam kembara penuh luka ini. Pelita cahaya dan penawar paling berkesan adalah istighfar (memohon ampun) pada Allah.

Kenapa perlu Istighfar? Barangkali kita akan berasa pelik. Istighfar hanyalah lafaz zikir yang mudah diungkap. Sebenarnya Allah menjanjikan jalan keluar daripada kegelapan dengan istighfar.

Hal ini pernah dijelaskan oleh al-Imam Hassan al-Basri.

Seseorang telah mengadu tentang kem4rau yang menimpanya. Jawapan al-Imam, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Datang lagi mengadu dirinya dihimpit kem1skinan. Jawapan al-Imam, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Datang lagi pengadu meminta doa supaya Allah memberikannya anak. Jawapan al-Imam, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Datang lagi pengadu tentang kebunnya kekeringan. Jawapan al-Imam, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Ada yang bertanya kepadanya, “Beberapa orang mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua Istighfar?”

Al-Imam Hasan al-Basri menjelaskan, “Ini bukan pendapatku. Inilah yang Nabi Nuh a.s sebut.

Lalu al-imam Hassan al-Basri membaca firman Allah S.W.T atas lisan Nabi Nuh a.s ini:

“Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh 71:10-12)

Inilah janji Allah S.W.T dengan Istighfar. Allah janjikan rezeki yang melimpah-limpah. Allah menjanjikan anak. Allah menjanjikan harta kekayaan. Ajaib sungguh Istighfar.

Lazimilah istighfar. Sedang Nabi Muhammad yang maksum melafazkan Istigfar sebanyak 100 kali sehari!

“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Hadith Riwayat Muslim)

Jika insan si pend0sa timbul keinginan perasaan untuk melafazkan istighfar, itu tandanya Allah sayang dia. Allah membuka jalan menuju kepada cinta Illahi.

Jika diberikan ilham untuk istighfar, rebutlah peluang ini. Alangkah beruntungnya kita, wahai sahabat. Kita diberi nikmat Islam. Selepas Islam, kita diberikan cahaya bernama istighfar. Alangkah beruntungnya kita.

Allah sayangkan kita. Tidak mengapa jika ungkapan ini masih belum melekat di jantung hati sepenuhnya. InsyaAllah, suatu hari nanti, lafaz akan mengubah peribadi kita menjadi yang lebih baik. Jalan ke pangkuan Allah terlalu luas. Seluas-luas pintu di dalam Islam adalah pintu taubat.

Teringat penulis kata-kata indah daripada Tuan Guru Sheikh Zainul Asri, “… Sebab itu wali Allah jika keluar dari rumah, terbit dari bibir mereka Allah… Allah… Allah… Sebab mereka mahu kata-kata terakhir daripada bibir mereka adalah Allah.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Istighfarlah… Ianya Pelita Cahaya Kepada Kesempitan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*