Ikhlaskah Kita Menjadikan Allah Sebagai As-Somad?

Pernahkah kita merasai satu keadaan di mana kita terlalu bun tu untuk melakukan sesuatu?

Bun tu kepada siapa harus kita minta pertolongan. Kita tak tahu pada siapa harus kita leraikan segala kekusutan di minda.

Kita tak tahu pada siapa harus kita adukan segala masalah. Kita tak tahu pada siapa harus kita tangiskan segala kesedihan.

As-Somad disebut sekali dalam al-Quran dalam surah al-Ikhlas.

Apakah itu As-Somad? Ertinya tempat untuk bergantung harap. Satu-satunya tempat untuk kita toleh tak kira dalam situasi mana sekalipun.

Dari segi bahasa, Ibnu Manzhur menyatakan bahawa makna As Somad adalah yang dituju dan dijadikan sandaran.

“Qulhuallahuahad. Allahussomad.”

Cuba bayangkan kita berada keseorangan di satu jalan yang gelap pada waktu malam. Kiri dan kanan adalah semak samun.

Tiba-tiba kenderaan yang kita naiki kehabisan minyak. Waktu itu di tengah-tengah hutan dan tiada signal telefon. Tiada lampu jalan mahupun kenderaan lain yang melalui jalan itu.

Dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Yang ada hanyalah bunyi cengkerik dan sesekali kerdipan si kunang-kunang.

Kepada siapa kita mahu memohon pertolongan? Kita akan mula men4ngis ket4kutan memikirkan kita tiada siapa-siapa untuk diluahkan kegus4ran hati.

Waktu itu mungkin kita akan mula takut dan mengingati Allah. Kerana apa? Kerana kita tak punya siapa-siapa lagi. Kita hanya mampu meletakkan kebergantungan sepenuhnya pada Dia.

Tapi jika situasi itu sebaliknya? Kita ada orang lain untuk kita jadikan tempat bergantung.

Kita punya kawan-kawan untuk kita jadikan tempat menghilangkan kesunyian. Kita ada sahabat untuk kita luahkan segala kegus4ran.

Kita punya kenalan untuk kita berkongsi cerita. Kita ada harta dunia sebagai tukaran kepada nikmat yang sementara.

Adakah waktu itu kita meletakkan Allah sebagai As-Somad? Mungkin iya, mungkin juga tidak.

Tetapi saat itu mampu mel4laikan kita daripada mengingati Allah. Saat itu mampu untuk membuatkan kita lupa bahawa kita masih ada Dia.

Ada kalanya kita terlampau leka dengan tipu dunia. Kita terlampau tebal bersalut eg0.

Kita eg0 untuk meminta pertolongan daripada Allah meskipun kita tahu tiada yang lain yang mampu membantu kita dalam apa jua keadaan sekalipun kecuali Dia.

Sedangkan Allah sendiri menegaskan, “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Dialah Allah, Yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.” (Surah Al-Ikhlas: 1-2)

Keyakinan terhadap pertolongan Allah itu perlu ada. Kerana Allah akan sentiasa ada untuk hamba-hambaNya. Hati kita seharusnya sentiasa disinari dengan cahaya kebergantungan hanya kepada Allah S.W.T.

Dalam Tafsir Mafatihul-Ghaib oleh Imam Ar-Razi menyatakan, Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa ketika mana turunnya ayat ini, lalu para Sahabat bertanya, “Apakah makna (الصمد)?” Lalu jawab Baginda S.A.W:

“Dia ialah Tuan yang bertumpu (dan bergantung harap) kepadanya segala hajat.”

“Permulaan keelokan umat ini ialah dengan yakin (yang sahih) dan kezu hudan, dan permulaan kerosakannya ialah dengan kebakhilan (yakni tidak mahu berbelanja di jalan Allah) dan angan-angan (berkenaan kemewahan dunia).” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Letakkan Allah sebagai yang utama dalam konteks kebergantungan dan pengharapan kita di dunia ini.

Tidak kiralah sama ada kita berada dalam situasi susah mahupun senang. Percaya bahawa hanya Dia yang mampu memberikan apa yang kita mahu kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Jika kita berpegang teguh dengan As-Somad, keinginan utama kita adalah untuk bertemu denganNya dan ketakutan kita yang paling utama adalah pada kemvrkaanNya.

Pintalah kepada Allah untuk mengurangkan rasa cinta kita kepada dunia, dan pujian manusia. Mohonlah untuk ditetapkan hati kita hanya untuk mencari redhaNya.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Jika kamu meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika kamu meminta pertolongan maka minta pertolonganlah kepada-Nya.” (HR At-Tirmidzi, Ahmad dan lain-lain)

Lumrah manusia hanya akan mencari Allah di saat dirinya dalam kesusahan dan menemui jalan bun tu.

Saat hati merasa senang dengan nikmat yang diberikan, terkadang kita lupa bahawa Allah itu pemerhati setia setiap hambaNya.

Terkadang kita merasakan bahawa kita hebat, kita mampu hidup dengan dunia ini semata-mata. Kita lupa bahawa yang memberikan nikmat dunia ini adalah Allah S.W.T.

Juga kita terlampau meletakkan pengharapan yang tinggi sesama manusia. Amat takut dengan ugutan manusia.

Cuba lihat kembali apa yang kita perlukan untuk hidup sebagai manusia? Kita perlukan air, udara, makanan.

Kenapa mesti lupa dan s0mb0ng? Terutamanya di saat kita gembira dengan nikmat kaya dan sihat. Kita lupa tentang As-Somad.

Ikhlaskanlah diri kita dalam menjadikan Allah sebagai As-Somad. Bacalah surah al-Ikhlas untuk mendapat ganjarannya.

Belajarlah untuk lebih memahami dan menghayati setiap ayat dan nama Allah yang disebutkan dalam surah tersebut.

Daripada Abi Sa’id, ia berkata, “Rasulullah S.A.W berkata kepada para sahabatnya, ‘Apakah salah seorang daripada kalian mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur`an dalam satu malam?’ Maka hal ini memberatkan mereka, dan (mereka) bertanya: ‘Siapakah di antara kami yang mampu, wahai Rasulullah?’ Rasulullah S.A.W pun bersabda: “Allahul-wahidu samad adalah sepertiga Al-Qur`an.” (Hadith riwayat Bukhari)

Seorang sahabat pernah datang kepada Nabi, menceritakan bahawa sahabat yang lainnya begitu suka membaca surah al-Ikhlas. Bila ditanya kenapa, mereka menjawab,

“Kerana aku mencintai surah ini.”
“Kerana dengan sebab cintanya kamu akan surah ini, Allah juga mencintai kamu.”
“Kerana kecintaan kamu terhadap surah ini, Allah memasukkan kamu ke dalam syurga.”

SubhanAllah.

Kita? Adakah kita membaca surah ini kerana kecintaan kepadaNya atau hanya kerana surah ini paling pendek dan mudah dibaca? Tepuk dada, tanya iman.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ikhlaskah Kita Menjadikan Allah Sebagai As-Somad?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*