Hari Ini Lakukan Yang Terbaik

Nabi Ibrahim, ketika memasuki waktu pagi, biasa mengucapkan doa ini,

“Ya Allah, kehidupan baru telah hadir, maka mulakanlah bagiku dengan mentaatiMu dan akhirlah dengan ampunanMu dan redhaMu. Pada hari ini berilah aku kekuatan untuk melakukan kebaikan yang Engkau terima, lipat gandakan ganjarannya, dan maafkan kes4lahan yang aku lakukan. Sungguh Engkau Maha pengampun, Maha penyayang, Maha pengasih dan Maha Mulia.”

Orang-orang yang berjaya mereka tidak mahu terikat dengan hari esok yang belum pasti, mereka lebih memilih menyelami hari yang sedang dijalani, berusaha menghadapi tuntutan-tuntutan dan menyelesaikan permasalahan.

Tahukah kalian, bagaimana umur seseorang dicur1? Iaitu ketika seseorang melalaikan hari ini kerana merisaukan tentang hari esok.

Ia terus tenggelam dalam risau dan gelisah sehingga kem4tian datang, sementara tangannya tetap kosong daripada kebaikan.

Nikm4tilah hari ini dengan sebaiknya. Kehidupan pada hari ini bukan beerti kita mengabaikan masa hadapan atau tidak bersiap-siap menghadapinya… kerana dengan memikirkan tentang hari esok merupakan ciri kearifan dan akal yang sihat.

Usah risaukan tentang hari esok atau masa hadapan yang belum terjadi, kerana segalaNya adalah rahsia Allah, dan ia termasuk dalam perkara yang ghaib.

Berbeza memikirkan masa hadapan dengan merasa gelisah, antara mempersiapkan diri untuk menghadapinya atau tenggelam dalam kekhuatiran, antara kesedaran menjalani hari ini dan kerisauan yang sering merosakkan kebahagiaan hari ini.

Agama mengajarkan setiap mukmin untuk memikirkan masa depan, menggunakan masa sihat sebelum datangnya waktu s4kit, masa muda sebelum datangnya masa tua, dan masa aman sebelum masa sibuk.

Kehidupan Rasulullah juga menunjukkan sifat efektifnya dalam menulusuri perjalanan hidup, iaitu dengan semangat baru dan tekad kukuh apabila setiap kali pagi menjelang.

Seperti yang telah diriwayatkan di dalam hadith, Rasulullah mengucapkan,

“Kami telah melalui waktu pagi, semua kerajaan hanya milik Allah dan semua pujian hanya milikNya dan tiada Tuhan selainNya. Hanya kepada Allah tempat kembali.”

Bersyukurlah dan nikm4tilah hari ini dengan sebaiknya. Manfaatkan hari ini dengan perkara-perkara kebaikan dan menjauhkan diri daripada kemvrkaan Allah.

Singkirlah rasa cemas dan gelisah tentang hari esok, kelak hidupmu pasti akan menjadi lebih tenang dan tenteram.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hari Ini Lakukan Yang Terbaik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*