Gambar ‘Sebelum Dan Selepas’ Pergi Ke Sekolah Budak 5 Tahun Ini Buat Geli Hati

Kita sering mendengar rungutan orang dewasa tentang alam pekerjaan yang memenatkan sehingga membuatkan diri mereka tidak terurus, tetapi sebenarnya alam persekolahan juga tidak banyak bezanya.

Dalam satu posting yang tular di Facebook, seorang ibu dari Scotland telah berkongsikan gambar anak perempuan bongsunya, Lucie, yang berusia 5 tahun kemas berpakaian uniform pada hari pertama menjejak ke pra sekolah.

Apabila bapa Lucie bertanyakan kepada isterinya Jillian bagaimana keadaan anak mereka itu pada hari pertama persekolahan, Jillian menghantar gambar Lucie yang kelihatan sangat berserabut sebaik pulang dari sekolah untuk menunjukkan bahawa anak mereka itu telah melalui hari yang ‘menarik’.

Dibandingkan dengan gambar sebelum ke sekolah, Lucie pulang membawa beg sandangnya di sebelah tangan dengan rambut yang kusut, tali leher yang senget, baju yang komot dan stoking yang pendek sebelah.

Walaupun begitu, apabila ditanyakan kepada kanak-kanak itu apa yang berlaku di sekolah, dia hanya menjawab, “tiada apa-apa,”.

Posting itu telah mendapat lebih 25 ribu likes dan 14 ribu kongsian dan mengundang ramai ibu untuk berkongsikan gambar anak-anak mereka dalam situasi yang sama.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: TodayFacebook via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Gambar ‘Sebelum Dan Selepas’ Pergi Ke Sekolah Budak 5 Tahun Ini Buat Geli Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*