“Dia Tahun Ini 30 Tahun Dah Tapi Belum Ada Calon…” – Ada Netizen Ingin Jodohkan Issey Dengan Kakaknya

Penyampai radio dan pelakon Issey Fazlisham berkongsi satu ‘screenshot’ perbualannya dengan seorang netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Team Pagi Suria ! Kejap lagi ada @fizoomar gais #teampagisuria

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, individu tersebut berniat ingin menjodohkan kakaknya yang bekerja sebagai jururawat dengan Issey.

“Assalamulaikum abang Issey. Abang Issey nak tak kahwin dengan kakak saya? Kakak saya nurse.

“Dia tahun ni 30 tahun dah tapi belum ada calon.. Mugo dio pemalu ore nyo. Kami 5 beradik semua perempuan, dio jah tak nikoh lagi.

“Kalau abang Issey nok saing-saing dulu boleh la reply. Kami dari Johor. Nak gambar kakak saya boleh bagi juga kalau nok,” tulis individu tersebut.

Menerusi kapsyen di Instagram (IG), Issey berasa terharu kerana tidak menyangka masih ada yang menyayangi dirinya.

“Alamak. Macam tak percaya. Masih ada yang sayang rupanya. Terharu la pulak. Kirim salam kakak ok!” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alamak. Macam tak caya. Masih ada yang sayang rupannya. Terharu la pulak. Kirim salam kakak ok! #gengissey

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut tumpang gembira dengan permintaan individu tersebut malah ada berseloroh mahukan Issey berkenalan terlebih dahulu dengan jururawat terbabit.

Terdahulu, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Dia Tahun Ini 30 Tahun Dah Tapi Belum Ada Calon…” – Ada Netizen Ingin Jodohkan Issey Dengan Kakaknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*