Di Sebalik Ucapan “Kalaulah”

Perkataan “kalau” atau “jika”. Perkataan yang masyhur digunakan di dalam kehidupan sehari-hari.

“Kalau lah aku tak pergi ke sana… pasti tak terjadi benda ni.”

“Kalau lah aku buat keputusan macam tu… pasti takda masalah sekarang.”

“Kalau lah aku pilih Uni yang satu lagi tu… mungkin senang score sikit daripada Uni aku yang sekarang ni.”

Nampak macam biasa saja, tapi sebenarnya ada yang tak kena dengan semua statement di atas. Perkataan ‘kalau’ lepas tu disambung dengan ‘pasti’.

Sejauh mana kepastian kita bahawa yang disangkakan itu akan terjadi? Entah-entah yang terjadi lebih buruk.

Yang satu lagi, perkataan ‘kalau’ lepas tu disambung dengan ‘mungkin’. Haa, dah tak pasti dengan apa yang akan terjadi, jadi tak perlu dilayan sangat perasaan ‘regretful’ atau menyesal tu. Itu sebenarnya di antara permainan sy4it4n.

Di sinilah nampak antara keindahan Islam sebenarnya. Kita diajarkan malah diwajibkan untuk beriman dengan qada dan qadar.

Saya tak cakap perkara ni senang nak buat. Tapi kalau kita bersangka baik dengan Allah, inshaAllah akan dimudahkan untuk menerima segala ketentuanNya.

Apabila timbul rasa kekesalan itu, cukup kita ambil pengajaran daripadanya dan bersangka baik dengan apa yang Allah dah tentukan untuk kita.

Of course, dalam beriman dengan Qada dan Qadar, ada beberapa perkara juga kita kena ambil tahu. kita bukanlah perlu menyerah sahaja kepada Allah S.W.T tanpa berbuat apa-apa.

Ada perkara yang dapat diubah dengan usaha kita seperti usaha untuk menjadi hamba yang beriman, dan ada juga perkara yang tidak dapat diubah seperti cedera, kem4tian, jantina dan lain-lain.

Balik kepada ‘kalau’ tadi, ingin kongsi sedikit pengalaman saya sendiri. Ketika lepas habis sekolah, Alhamdulillah saya diberikan dua pilihan dalam memilih Uni. Yang satu dalam negeri, dan yang satu lagi di luar negeri.

Setelah mengerah otak dan hati sekitar beberapa hari untuk buat keputusan, akhirnya memilih yang di luar negeri. Bila sampai saja ke luar negeri, Allah… dah la jenis family-oriented, tak pernah berjauhan, perasaannya tersangat-sangatlah perit.

Alhamdulillah Allah bagi kawan rapat di sana untuk sentiasa menemani diri ini yang seringkali merindukan keluarga. Lama-lama dapat ‘cope’ lah juga.

Tapi lepas tu, muncul lagi ujian lain. Risau sangat-sangat tak dapat handle study. Risau tak lulus, sebab dengar dari senior, memang bukan senang nak score dalam Uni tu.

Ada yang share, kadang rasa dah buat dengan baik, tapi bila result keluar dapat gagal pula. Ada juga yang rasa tak buat dengan baik, tapi lulus pula. Allahu Akbar.

Memang semua akhirnya yang tinggal hanyalah tawakal lepas dah usaha. Alhamdulilah tahun pertama dan kedua, dapat result yang boleh tahan juga.

Tiba-tiba bila nak masuk tahun tiga, ada tawaran untuk sambung dan habiskan pelajaran dalam negeri. Hati saya pun mula lah bermonolog sendirian.

“Mungkin ini peluang, sebab selama belajar di luar, kadang-kadang timbul perasaan nak belajar dalam negeri?”

Antara perkataan ‘kalau’ yang saya sering gunakan bila sedang belajar di luar: “kalaulah aku belajar kat uni dalam negeri, tentu stress kurang sikit, yelah… family kan hampir.”

“Kalaulah aku belajar dalam negeri, pasti aku tenang je, tak risau dengan ketakutan tengok orang asing” (yang ni masa mula-mula sampai)

Dan beraneka jenis lagi ‘kalau’.

Astaghfirullahal’azim…

Jadi bila diberi peluang memilih lagi, seolah-olah rasa macam diberikan peluang kedua. Jadi saya pun decide nak sambung dalam negeri.

Tapi atas beberapa hal, keputusan tadi tak tembus. Dan akhirnya, teruskan study luar kat current Uni. Saya pun redhakan hati dan habiskan study kat luar dan alhamdulillah berjaya membawa pulang segulung ijazah.

MasyaAllah, dah balik for good, kerinduan membu4k-bu4k pula pada tempat study dulu. Rindu dengan suasananya dan juga kawan-kawan.

Lepas tu Allah beri rezeki pula sambung pelajaran dalam negeri. Uni yang selalu saya angankan nak masuk, yang sering saya ‘kalau’ kan masa study kat luar.

Bila dah masuk, MasyaAllah, tak mudah pun macam yang saya bayangkan dulu. Ingatkan sebab dalam negeri lenient lah sikit. Entah cara pemikiran apakah itu. Jadi mula lah babak flash back semua episod ‘kalau-kalau’ saya di suatu ketika dahulu.

Kesedaran menyapa.

Ada sebab kenapa Allah beri saya rezeki belajar luar negeri.

Ada sebab kenapa saya tak dapat sambung dalam negeri ketika diberikan peluang.

‘Alaa kulli haal, akhirnya dapat grad juga Alhamdulillah.

Jadi point yang ingin disampaikan daripada cerita di atas:

1. Apa yang sudah ditentukan untuk kita, inshaAllah itulah yang terbaik. Kita tak tahu, apa yang akan terjadi kalau kita dapat yang kita inginkan. Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.

Jadi kita kurangkan kepeningan kita dengan mengganti pemikiran ‘apa yang akan jadi dengan segala macam kalau’, dengan kita terima apa yang ada di depan kita, buat yang terbaik dengannya, yang boleh menambahkan lagi saham kita untuk di akh1rat nanti. Allah berfirman:

(وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ)

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al Baqarah: 216)

2. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah sudah tetapkan setiap orang dengan rezekinya dan ketentuannya. Tak perlu banding-banding dengan orang lain.

Kita usaha kemudian tawakkal dan terima dengan sangkaan yang baik apa jua kesudahan yang diberikan.

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah S.W.T berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.”

والله تعالى أعلم

Semoga bermanfaat

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Di Sebalik Ucapan “Kalaulah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*