“Dengan Rela Hati”- Pensyarah Ini Kongsi Kisah Student Cina Yang Ambil Kursus Seni Khat!

Seni kaligrafi jawi ni sebenarnya adalah satu khazanah atau budaya peninggalan nenek moyang kita dari zaman dulu kala — ia tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas.

Semalam, timbul polemik baru dalam kalangan orang kita yang berbalah untuk saling mempertahankan pendapat masing-masing selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memvtuskan penggunaan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat boleh diteruskan di semua sekolah.

Ada yang membantah dan mempertikaikan keputusan itu sehingga menyentuh perkara-perkara sensitif melibatkan perkauman — but let’s not go there.

Kami ingin kongsikan kisah yang dimuatnaik seorang pensyarah di laman Facebooknya semalam.

Abu Hazieq merupakan seorang penggiat seni khat tempatan dan tenaga pengajar sambilan di USM Pulau Pinang, bagi Kursus Seni Khat di bawah program Kokurikulum USM sejak 2012 sehingga sekarang.

Menurutnya, boleh dikatakan hampir setiap semester ada sahaja pelajar dari bangsa Cina yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut.

Apa yang lebih membanggakan, untuk semester baru ni juga bilangan pelajar Cina yang turut serta semakin bertambah!

Beliau juga sering bertanyakan mengapa mereka memilih untuk mengambil kursus tersebut, dan rata-rata jawapan ikhlas yang diterima adalah “kami sendiri yang nak mempelajari seni khat ini” selain ada yang mengakui bahawa tulisan khat adalah sangat unik dan berseni.

Jadi, bila pelajar dah tunjukkan minat yang mendalam untuk menimba ilmu baru — pensyarah ini pun dah tentulah dengan penuh rasa bangga dan bermurah hati meraikan mereka sebagai pelajarnya.

Dan jangan terkejut, hasil tulisan tangan mereka sangat cantik dan tak kurang hebatnya seperti pelajar-pelajar Melayu lain!

So point yang ingin disampaikan pensyarah ini adalah, there’s no harm in learning other cultures and tradition — ia secara tidak langsung membuka ruang besar kepada orang lain untuk mempelajari dan mengasah skill baru dalam diri mereka.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Lobakmerah

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Dengan Rela Hati”- Pensyarah Ini Kongsi Kisah Student Cina Yang Ambil Kursus Seni Khat!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*