Cara Memperoleh Cinta Allah

Allah sangat baik terhadap kita.

Banyak bukti menunjukkan kasih sayang dan rahmatnya.

Rezeki yang tidak putus-putus.

Malahan dugaan datang pun dengan asbab untuk hapuskan d0sa kita, memberi kekuatan dan menggantikannya dengan yang lebih baik.

Bagaimana pula kita hendak menunjukkan kecintaan kita terhadap-Nya?

Di sini saya titipkan perkongsian daripada Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin.

“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (Surah asy-Syura ayat 11)

– Mengenal Allah SWT

Dekatkan diri dengan memahami Al-Asma’ Al-Husna (nama-nama Allah) serta sifat-sifat Allah. Juga kenali Rasulullah SAW melalui al-Quran dan as-Sunnah.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah al-Baqarah ayat 186) 

– Bersangka baik terhadap Allah

Sebagai hamba, kita hendaklah bersangka baik terhadap Allah sebagai tanda kecintaan kita terhadap Dia. Kita perlu positif untuk menerima takdir dan yakin dengan setiap doa kita kepada-Nya.

Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: “Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu.

Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi).

Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.

Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

– Mencintai apa-apa yang dicintai Allah

Cinta berkait rapat dengan amal. Ramai mengaku cinta, namun tidak mengikut suruhan-Nya. Ikhlaskan hati dan ikutlah petunjuk Rasulullah SAW. 

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan d0sa-d0sa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali-‘Imran ayat 31)

– Memb3nci sesuatu yang Allah benci

Dekatkan diri dengan sifat mahmudah dan jauhkan diri daripada perkara yang Allah larang.

Seperti sy1rik, kufvr, mensi4-si4kan waktu, mengabaikan solat dan banyak lagi perkara yang h4ram dan hampir kepada h4ram.

Elakkanlah perkara tersebut, untuk menunjukkan rasa cinta kita kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemberi Rahmat.

– Memperkecilkan cinta kepada dunia

Tidaklah bermaksud untuk kita terus menjadi miskin, menjauhi masyar4kat apatah lagi untuk menjauhi teknologi namun apa yang perlu, kita wajar memanfaatkan ilmu dan apa yang kita ada untuk kebaikan dan ke jalan yang diredai Allah SWT.

“Allah Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku (iaitu dalam tidurku), kemudian berfirman kepadaku: “Wahai Muhammad, katakanlah: “Ya Allah aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai sesiapa sahaja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintai-Mu.’ (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Dengan ini, mari kita sama-sama berusaha dan berdoa untuk menjadi hamba yang lebih mencintai Allah dengan cara beramal bersungguh-sungguh dan penuh ikhlas.

Insya-Allah. Ameen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber :Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Cara Memperoleh Cinta Allah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*