Beri Salam Kepada Orang Yang Tak Dikenali Sesuatu Yang Pelik?

“Assalamualaikum.”

Abah melemparkan senyumannya setelah mengucapkan salam kepada seorang lelaki yang lalu di sebelah kami.

Aku memandang abah dengan pandangan yang pelik. Abah kenal ke dengan orang tu?

“Siapa tadi tu abah?” Soalku sambil duduk bertentangan dengan abah, menunggu pesanan makan malam kami.

“Siapa?” Abah kembali menyoal dengan wajah yang blur.

“Yang abah bagi salam tadi tu. Abah kenal ke orang tu?” Sekali lagi aku menyoal.

Abah menggeleng selamba. Aku juga turut menggeleng kepala melihat respons abah itu.

“Abah selalu bagi salam kat orang yang abah tak kenal. Abah tak rasa ke orang tu tengok abah pelik, tiba-tiba bagi salam kat dia? Semua orang abah buat macam tu,” teringat aku peristiwa abah menyuruh aku juga memberi salam pada semua yang aku temui, kenal atau tidak.

Memang tidaklah nak buat macam abah ni. Pel1k kot rasanya.

“Salah ke apa abah buat? Abah mendoakan kesejahteraan orang lain. Lepas tu orang tu mendoakan abah pula.”

Aku mendengar sahaja jawapan kl1se abah itu.

“Memberi salam tu kan sunah Nabi. Walaupun huukumnya sunat, tetapi orang yang beri salam adalah lebih afdal dan lebih baik pahalanya daripada orang yang menjawabnya meskipun menjawab salam itu hukumnya wajib. Along nak tahu tak, antara tanda-tanda ki4m4t adalah, seseorang yang beri salam kepada orang lain tapi salam itu tidak diucapkan melainkan orang yang dikenalinya sahaja,” jawab abah kepadaku.

“Abah pernah dengar kuliah Subuh di masjid rumah kita tu, Ustaz Syukur tu. Dia cerita berdasarkan satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, ada seorang sahabat Nabi ni tanya kat Nabi, apakah amalan Islam yang paling baik? Agak-agak, apa Nabi jawab?” Abah menyoalku pula. Aku diam berfikir.

“Bagi salam?” Jawabku acuh tak acuh. Bicara kami anak-beranak ketika ini kan tentang memberi salam. Sebab tu aku jawab begitu.

Abah tersenyum lebar.

“Nabi jawab, memberi makan orang yang susah dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenali. Jadi, mulai hari ni, abah nak kita sama-sama buat sunah Nabi ni. Jumpa je orang Islam yang lain, bagi salam dan senyum. Biar orang pandang pelik tak apa. Pedulikan je. Yang penting, kita sudah mendoakan mereka, malah kita senyum lagi. Bertambah-tambah pahala. Mana tahu usaha kecil kita ni juga mampu menceriakan orang lain.”

Aku mengangguk faham. Semangat pula dengar perkongsian abah kali ini. Kalau dari dulu abah bagitahu macam ni, dah lama aku cuba praktikkan. Tapi tak apa, belum terlambat lagi. Terima kasih, abah!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Beri Salam Kepada Orang Yang Tak Dikenali Sesuatu Yang Pelik?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*