Berderet DM Nak Jadi Calon Suami, ‘Ahmad Maslan’ Juga Buat Gadis Berkenan

GARA-gara perkongsian tweet mencari calon suami, seorang gadis menerima ratusan mesej di Twitter dan Instagram daripada lelaki yang mahu mencuba nasib mereka.

Gadis dikenali sebagai Sarah Marini Kamarudin menjadi tumpuan ramai selepas tweet dimuatnaik rakannya iaitu: Guys my friend tengah cari jodoh nak kahwin. Hantaran tak kisah asal ikhlas dan dapat membimbing ke arah jalan yang benar. Pakai spek diutamakan. RT sampai jumpa jodoh. Thx.

Sehingga hari ini tweet yang tular itu mendapat lebih 2,500 ulang kicau dan 4,100 tanda suka.

Sarah Marini ketika dihubungi berkata dia sendiri tidak menduga posting di Twitter yang dikongsi rakan mengenai dirinya itu akan menjadi tular.

Posting cari jodoh yang dimuatnaik rakan Sarah menjadi tular di Twitter.

“Saya tak sangka tweet tu blow up. Tiba-tiba bangun tidur tengok-tengok berpuluh-puluh orang follow Instagram.

“Dekat Twitter satu hari follower naik 1,500 ke 2,000 macam tu. Memang tak sangka dan ramai yang DM (direct message) ajak jom kahwin,” katanya.

Ditanya sama ada tweet itu bersifat gurauan, gadis berusia 20 tahun itu mengakui dia sebenarnya serius mahu mencari calon suami.

“Pada mulanya memang saya serius sebab saya memang selalu mengadu dekat kawan nak kahwin. Saya suka tengok gambar wedding dress dan pelamin tambah-tambah lagi sekarang musim orang kahwin.

“Mungkin kawan pun dah penat dengar luahan hati saya, jadi salah seorang daripada mereka pun tweet benda tu. Tapi bila dah viral ni saya jadi confuse sebab ada yang nak cuba nasib dan pada masa sama ada yang kec@m saya,” katanya.

Menurut gadis dari Kuala Terengganu itu, sejak ia menjadi tular, dia bukan sahaja menerima mesej daripada lelaki bujang tapi juga suami orang.

Sarah (kanan) bersama rakan baiknya.

“Saya dapat ratusan DM. Lelaki bujang ramai, bapa orang pun ada bukan seorang tapi beberapa orang sampai saya jadi takut.

“Bukan sahaja yang umur 37 tahun, 40 tahun pun ada… dia mesej beritahu kerja engineer dan tanya saya berminat tak? Saya memang minat lelaki matured tapi bukan sampai tahap bapa orang,” katanya.

Meskipun dia turut dikecam gara-gara tweet itu, Sarah bersyukur kerana dia memiliki seorang ibu yang amat sporting.

Tapi ada satu DM yang jadi favourite saya apabila that guy approach siap bagi pantun iaitu, ‘Ahmad Maslan salam perkenalan’. Itu memang lawak. Saya sendiri pun terhibur,” katanya.

SARAH MARINI KAMARUDIN.

“Walaupun ramai kec@m, syukur saya ada mama yang sporting. Dia kata jangan ambil serius sangat. Lagipun tu tweet kawan saya.x 

“Ramai cakap saya high maintenance sebab tengok gambar rumah. Tapi mama sendiri cakap kalau saya kahwin dia tak letak harga.

“Bab hantaran dia tak kisah, kalau nak buat makan-makan saja pun okey. Kami pernah bincang benda ni bila timbul isu hantaran tinggi tempoh hari,” katanya.

Selepas tular, penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Komunikasi Media) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi itu akan membuat saringan individu yang berminat terhadapnya terlebih dahulu.

Sarah turut mengusahakan bisnes menjual sabun muka.

“Sekarang macam-macam boleh berlaku jadi saya kena lebih berhati-hati. Mungkin saya akan pertimbangkan individu-individu tertentu…  kena scan dulu.

“Tapi ada satu DM yang jadi favourite saya apabila that guy approach siap bagi pantun iaitu, ‘Ahmad Maslan salam perkenalan’. Itu memang lawak. Saya sendiri pun terhibur,” katanya.

Mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, anak sulung daripada enam beradik itu berkata dia suka melihat lelaki memakai ‘spec’.

“Saya memang suka tengok lelaki pakai spec macam pelakon Azwan Kombos. Lelaki tu juga kena matured dari saya. Dia juga perlu memiliki budi pekerti yang tinggi.

“Jadi kalau jumpa calon sesuai saya akan pertimbangkan dulu sebab nak kenal hati budi masing-masing sebelum ke fasa lebih serius,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Berderet DM Nak Jadi Calon Suami, ‘Ahmad Maslan’ Juga Buat Gadis Berkenan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*