Ber4ng sikap netizen, Akhirnya Fiza Halim muat naik foto tidak berhijab “Aku bukan orang baik, aku tak suka hipokrit!”

PELAKON Fiza Abdul Halim ber4ng dengan sikap segelintir netizen yang sering mencari kesalahan terhadap penampilan seseorang artis.

Fiza berkata, komen dan nasihat yang diberikan seharusnya mempunyai batasan dan tidak keterlaluan.

“Pakai jubah pun kena kec4m, nampak bayang kat tudung botol pun kena kec4m, rambut sehelai terkeluar pun hampa boleh zoom. Hebat, hebat.

“Nasihat boleh nasihat tapi biar berpada-pada dan paling best yang komen semua private account. Sebelum bercakap fasal aurat, mulut dan lidah kena jaga juga,” ujarnya.

Fiza memuat naik foto tidak bertudung dipercayai gambar lama miliknya.

Bekas anggota kumpulan Elite itu turut memuat naik foto tidak bertudung dipercayai gambar lama sebelum berpenampilan menutup aurat.

Dalam pada itu, Fiza berkata, dia bukan seorang yang baik namun sedang belajar ke arah itu.

“Aku mengaku aku bukan org baik, tapi aku perlahan-lahan nak belajar jadi baik. Aku tak suka hipokrit!” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam Aidil Adha dr sy sekeluarga… 💜🌸💜🌸 Nasib baik ada kaftan kebaya dari @qhalesaa ni… (elara dusty mauve)So comfort,tak perlu iron,tangan tak berbelah,tak panas,tak perlu pakai inner,hanya sarung sy dah siap…Bagi mommy2 yg ada anak kecik ni,mmg sesuai sgt la sbb masa kita kan xbnyk… So grab cepat sblm habis nnt… 💜💋💜💋 @qhalesaa @qhalesaa @qhalesaa

A post shared by 🅵🅸🆉🅰 🅷🅰🅻🅸🅼 (@fizahalimofficial) on

Dalam pada itu, Fiza berkata dia juga tidak kisah jika kenyataannya ini membuatkan dia kehilangan peminat. 

Malah baginya, rezeki yang diperolehi hari ini bukan bergantung kepada netizen.

Sementara itu, posting foto tidak bertudung itu mendapat perhatian pengikutnya yang meminta aktres itu memadam gambar tersebut.

Mereka juga berharap Fiza tidak terlalu membaca komen negatif sehingga menjejaskan em0sinya.

Meninggalkan maklum balas terhadap tindakan pelakon ini, rakan artis turut beri reaksi.

Pun demikian, segelintir netizen kecewa dengan tindakan wanita ini dan mempersoal apa sebenarnya yang ingin dibuktikan.

Malah mereka mendoakan agar dia terus istiqamah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto : Instagram Fiza Halim

Sumber : Mstar via MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ber4ng sikap netizen, Akhirnya Fiza Halim muat naik foto tidak berhijab “Aku bukan orang baik, aku tak suka hipokrit!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*