“Ayah La Ni Start Ajar Aafiyah Buat Mini Love…” – Gelagat Bijak Aafiyah Cairkan Hati Ramai

Siapa yang tidak kenal dengan satu-satunya Siti Aafiyah anak kepada penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Gelagat dan telatahnya sering mencuri tumpuan peminat ibunya.

Terbaru satu rakaman memaparkan gelagat Siti Aafiyah hendak minum susu bersama kakak pengasuhnya  menarik perhatian ramai.

Rakaman yang dikongsikan menerusi akaun Instagram milik ibunya, ctdk itu meraih 479,802  tontonan dan lebih dari 101,000 likes setakat artikel ini ditulis.

Biarpun durasi rakaman itu agak pendek, namun ramai yang geram melihatkan telatah anak kecil yang comel ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Amboi anak ibu buat mini love.. Ayah la yang start dulu buat kat aafiyah tu… tak sabar ibu nak gomol aafiyah kejap lagi … #kakakbuliaafiyah

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Dato’ Siti sedang dalam perjalanan pulang dari jakarta telah menulis kapsyen “Amboi anak ibu buat mini love.. Ayah la yang start dulu buat kat aafiyah tu… tak sabar ibu nak gomol aafiyah kejap lagi … “

Gelagat comel Aafiyah yang pandai mengikut arahan itu juga telah menarik minat ramai peminat yang turut memberi komen di video tersebut;

Cepatnya…bijak

Pandainya kakak didik Aafiyah…

Mulut ramah aihh geram…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: IG @ctdk


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Ayah La Ni Start Ajar Aafiyah Buat Mini Love…” – Gelagat Bijak Aafiyah Cairkan Hati Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*