Apa Erti Aku Menganut Islam

‘Pernahkah kita terfikir, kenapa kita dilahirkan sebagai seorang Islam sejak kita dilahirkan lagi?’

Terlintas di gawang mindaku persoalan ini. Namun begitu, aku terasa diri ini begitu j4hil memahami makna sebenar Islam.

Aku tertanya diriku, adakah aku sekadar Islam di kad pengenalan? Kenapa aku bukan Islam pada perbuatan?

Aku sedar penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah diwarisi secara warisan. Teringat bait-bait lirik lagu Raihan;

Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.

Ia tak dapat dijual beli… jika tidak kembali pada Allah.

Penggabungan ajaran Islam bermaksud cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam. Aku harus menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang dalam kehidupan.

Aku juga harus sedar, aku menganut agama Islam! Hanya agama Islam!

“ Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam…” (Surah ali-Imran: ayat 19)

Oleh itu, aku mestilah muslim dari sudut aqidah, iaitu menerima, menganut dan mengikuti ajaran Islam dengan kerelaan hati dengan beriman sepenuhnya hanya kepada Allah. Aku perlu beriman kepada keesaan Allah pada zat-Nya, sifat-Nya dan af’al-Nya.

Aku juga mestilah Muslim dari sudut ibadah dengan menerima, menurut dan mematuhi setiap ibadah khusus yang ditetapkan Allah kepada hamba-Nya.

Solat lima waktu harus aku jaga. Berpuasa sebulan di bulan Ramadan harus aku jaga dan banyak lagi ibadah sunat yang boleh aku lakukan untuk meningkatkan kecintaanku kepada-Nya.

Aku mestilah Muslim dari sudut akhlak dengan mencontohi sifat-sifat teladan Rasulullah SAW. Baginda merupakan tokoh teladan yang terbaik!

Aku mestilah Muslim terhadap keluarga dengan mengajak dan menasihati mereka supaya berada di landasan yang benar. Kalau bukan aku, siapa lagi?

Aku mestilah dapat menguasai diri daripada kecundang dengan hawa n4fsu!

Aku sedar hati merupakan penawar kepada benteng untuk memerangi n4fsu. Hati aku harus ‘hidup’ dan sentiasa mengingati Allah!

Aku mestilah meyakini masa depan untuk Islam dengan menyedari matlamat sebenar hidupku, hanya untuk Allah!

“ Aku tidak menciptakan j1n dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (Surah Adz-Dzariyat: ayat 56)

Untuk apa lagi aku tanya diri mengapa aku ini Islam? Aku harus Islam terhadap perbuatan dengan melaksanakan ajaran Islam!

Islam adalah satu-satunya manhaj hidup seorang Muslim di bumi milik Allah! Semoga kita menjadi Islam dengan perbuatan dan bukannya sekadar Islam di kad pengenalan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Apa Erti Aku Menganut Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*