Al Quran: Cahaya Yang Semakin Ditinggalkan

Al Quran itu cahaya. Cahaya yang menerangi kegel4pan manusia dan syafaat kita di kehidupan sana nanti.

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah Al-Fajr 89:27-30)

Ungkapan lembut ini adalah rayuan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya supaya kembali kepada-Nya.

Kita mampu bekerja dengan kuat di saat jiwa kita sedang asyik dengan al-Quran.

Namun, di waktu yang lain, kita masih lemah iman.

Kita masih ada perasaan enggan melihat mushaf ini lantaran tiada masa untuk berbuat demikian.

Mengapa situasi ini terjadi?

1. Kita sedar bahawa tilawah pada setiap hari adalah perlu dilakukan, tetapi jiwa kita belum siap sedia untuk memberi komitmen secara rutin walaupun hanya sehelai.

2. Kita faham bahawa menghafal al-Quran adalah kemuliaan yang besar manfaatnya, tetapi jiwa kita belum siap sedia untuk meraihnya dengan mujahadah.

3. Kita sedar bahawa masih banyak ayat al-Quran yang belum kita fahami, tetapi jiwa kita tidak bersiap sedia untuk berbuat demikian.

Apabila situasi sebegini berlaku, apakah tindakan kita?

Tepuk dada, tanyalah iman kita.

Kita harus merayu kepada diri sendiri sambil mencari bahasa apa yang dapat membangkitkan energi kita dalam meraih cita-cita hidup bersama al-Quran.

Jangan pernah berhenti untuk merayu diri sendiri agar segera bangkit!

Bangkit meraih cinta Ilahi dengan membaca al-Quran.

Bangkit meraih cinta llahi dengan memahami setiap ayat-ayat cinta-Nya.

Bangkit meraih cinta llahi dengan menghafal setiap ayat-ayat cinta-Nya.

Jom!

Raih cahaya al-Quran supaya cahayanya akan terus terpancar apabila sampai masa kita dibangkitkan di sana nanti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Al Quran: Cahaya Yang Semakin Ditinggalkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*