Adakah Ruang Buat Kita?

“Surau penuhlah.”

“Surau sempitlah.”

PERNAH tak kita mendengar keluh-kesah suara-suara yang melontarkan dialog sedemikian di surau R&R atau di mana-mana surau awam? Atau, pernah tak kita sendiri melafaz rungutan sedemikian, tanpa sedar?

Mungkin ya, mungkin tidak.

Meng3luh itu memang sifat manusia. Sifat seorang insan. Sifat seorang hamba yang Penciptanya sedia maklum. Dan, dengan nyata sifat manusia itu digambarkan oleh Allah di dalam Al-Quran, Surah Al-Ma’arij, ayat 19, “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat suka mengeluh.”

Tidak perlu dikeluhkan bila ia sebenarnya sesuatu yang baik. Kan, bagus bila surau diimarahkan oleh hamba-hamba Tuhan? Sangat bagus bila ramai yang ingin bersolat. Tetapi, kenapa kita meng3luh?

Sebab takut tiada tempat untuk diri sendiri bersolat? Lebih takut jika terpaksa menunggu lama sedangkan waktu solat sudah di penghujungnya?

Takut tak sempat? Takut dil4kn4t di atas situasi sebegitu sehingga akhirnya melahirkan keluhan dan melemparkan kesusahan itu di pundak hamba Tuhan yang lain, yang turut terkejar-kejar mencuri masa?

Wahai hamba Tuhan (termasuk diri hamba yang menghasilkan tulisan ini), sebelum melaksanakan sesuatu urusan, jangan dilupa memohon doa agar urusan dipermudahkan.

Bukan saat tiba kesusahan itu baru ingin menadah tangan, tetapi seawal melangkah keluar dari rumah dan sudah diniatkan akan menunaikan solat di jalanan.

Solat yang masih tidak dapat digambarkan di mana, dan bagaimana keadaan waktu itu. Doalah, bukan sahaja minta dipermudahkan urusan perjalanan, keselamatan, tetapi juga urusan solat.

Allah itu sifatnya ar-Rahman dan ar-Rahim. Andai ada permintaan, permohonan doa, DIA akan makbulkan.

Bukan serta-merta, tapi ada masa yang hanya DIA yang tahu, doa bagaimana yang DIA ingin makbulkan. Jangan ditanya, jangan dipersoal.

Doa!

Doa dengan ikhlas, dengan ingatan berpusat hanya pada DIA. Pergantungan sepenuhnya di jiwa agar urusan solat – iaitu urusan ‘pertemuan’ hamba dengan Tuhannya, urusan bicara berdua dengan DIA di dalam solat, dipermudahkan.

Dibukakan seluas-luas ruang untuk bersolat walau di mana sahaja berada, hatta di atas jalan.

Berdoalah juga agar urusan solat kita dapat dilunaskan di awal waktu, bukan di penghujung masa. Apatah lagi di penghujung nyawa!

Sesesak mana pun, seramai mana pun manusia yang bersolat di surau-surau awam mahupun surau R&R, jika sudah dipohon kemudahan daripada Tuhan, pasti ada ruang buat kita.

Jangan mengeluh, jangan merungut dan jangan marahkan orang-orang lain yang meny3mpitkan urusan solat kita. Merebut ruang yang ada.

Bersyukur, bersyukur dan bersyukur sebab mereka itu bersolat! Andai hanya ada kita di dalam surau, kita patut lebih risau!

Andai manusia lain lupa, melalaikan solat, itu tanda-tanda ki4m4t sudah dekat. Maka, masa itu patut kita takut, patut kita bersujud mohon Allah bukakan pintu-pintu taubat, pintu-pintu hidayah buat orang-orang di sekeliling kita dan kita juga agar kembali ke jalan-Nya.

ki4m4t bukan bicara kosong Tuhan. ki4m4t itu benar. Tanda-tandanya juga benar.

Jadi, simpan rungutan kita bila kita lihat surau atau masjid penuh, melimpah hingga ke luar. Menyelitlah di mana-mana ruang untuk bersama-sama bersolat.

Semakin rapat, semakin hebat. Atas tanah pun boleh juga. Sementara ada tanah. Sementara bumi ini tidak dibongkah Allah.

Berpijaklah di atasnya. Bersolatlah walau di mana-mana, bersama-sama. Hentikan rungutan bila ramai orang bersolat.

Percaya, bahawa masih ada ruang untuk kita. Ruang bicara kita dan DIA, jika kita tidak lupa memohon pada-Nya, tiap saat, tiap masa.

Wallahualam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Adakah Ruang Buat Kita?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*