Adab Menguap Dan Bersin Yang Ramai Orang Tak Tahu

Bersin dan menguap mempunyai adabnya tersendiri.

Bersin adalah proses untuk membersihkan rongga terutama saluran pernafasan. Ia dapat menghalang debu, habuk dan benda asing serta beberapa peny4kit.

Menguap pula terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Menguap adalah salah satu perkara di luar kawalan kita yang menyebabkan mulut kita terbuka luas dan menarik nafas kita sedalamnya.

Kebiasaannya, menguap ini terjadi kerana anda keletihan dan sangat meng4ntuk ataupun merasa bosan.

Bersin

Sunnah dan adab bersin

“Sekiranya salah seorang antara kamu bersin, maka ucapkanlah: “Alhamdulillah.” (Hadith riwayat al-Bukhari (6224) & Abu Daud (5033))

  • Tutup mulut dan perlahan suara

“Apabila Rasulullah SAW bersin, Baginda meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya sambil memperlahankan suaranya.” (Hadith riwayat Abu Dawud)

“Sekiranya salah seorang antara kamu bersin, maka ucapkanlah: “Alhamdulillah” (Segala puji hanya bagi Allah) dan bagi mereka yang mendengarnya (hamdalah tersebut), maka ucapkanlah: “Yarhamukallah” (Semoga Allah merahm4timu). Tetapi jikalau dia tidak menyebut alhamdulillah, maka usahlah kamu mendoakannya (ucap Yarhamukallah)).” (Hadith riwayat Muslim)

Menguap

Menguap dibenci Allah kerana ia daripada sy4it4n. Dan hanya terjadi apabila kita kekenyangan, b0san, m4las dan sebagainya.

Sunnah dan adab menguap

“Jika ada di antara kamu menguap, hendaklah ia menutup mulutnya dengan tangan, sebab sy4it4n akan masuk (jika tidak ditutup).” (Hadith riwayat Muslim)

“Apabila ada antara kamu yang menguap, tahanlah dengan sedaya upaya mungkin kerana apabila seseorang menguap sambil berbunyi, ‘hah!’ maka sy4it4n akan mentertawakannya.” (Hadith riwayat al-Bukhari)

hukvm bersin ketika solat

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan bahawa bagi seseorang yang sedang solat, kemudian terbersin maka disunatkan untuk mengucapkan hamdalah dan ucapan tersebut hanya didengari oleh dirinya sendiri dan itulah mazhab Syafi’e.

Adapun untuk mengucapkan tashmit (Yarhamukallah) di dalam solat, maka ianya tidak dibenarkan dan boleh membatalkan solat.

Rujukan: IRSYAD AL-FATWA KE-169

hukvm menguap ketika solat

“Apabila salah seorang daripada kalian menguap dalam solatnya, hendaklah dia berusaha menahan menguap dia itu seboleh yang mungkin kerana sy4it4n akan masuk (mulut yang terbuka).” (Hadith riwayat Muslim daripada Abu Sa’id)

Menguap boleh menyebabkan solat kita tidak sah. Misalnya ketika kita membaca rukun qauli dalam keadaan menguap.

Hendaklah ketika menguap berhentikan dulu bacaan, sunat menutup mulut dengan belakang tapak tangan kiri dan meneruskan bacaan.

Moga perkongsian ini berguna, dan jika ada sebarang penambahan atau pembetulan, sangat dialu-alukan. Betulkan biasa, biasakan yang betul. Terima kasih.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Adab Menguap Dan Bersin Yang Ramai Orang Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*