Ustaz Ebit Lew Datang Tazkirah Dirumah, Tak Sangka Ini Kata-Kata Mawar. “Maryam, Andai Ini Hari Terakhir”

“Kepada Maryam, kalau saya tiada, jagalah amalan…sebagai orang Islam. Saya harap Maryam bahagia, jaga diri baik-baik, jaga solat itu yang penting. Walaupun apa yang jadi pada mak dan bapa, mak dan bapa terlalu sayang dekat awak, Maryam.

“Apa yang berlaku bukan saya dan Fizo yang minta. Semua berlaku ada sebab. Apa pun, kasih sayang Maryam tak pernah kurang, Insya-Allah,” pesanan penuh sebak Mawar Abdul Karim, 30, buat anaknya, Wan Maryam, 2.

Bekas isteri kepada pelakon dan usahawan, Fizo Omar, 34, itu ditanya pendakwah Ustaz Ebit Lew mengenai pesanan terakhir buat anaknya jika hari ini menjadi hari terakhir hidupnya di dunia.

Ia adalah sebahagian daripada pengisian majlis tazkirah yang diadakan di kediaman keluarga Mawar dan dikongsi Ebit Lew menerusi program Door to Door Ebit Lew serta yang disiarkan secara langsung di Facebook Live di Fan Page beliau, malam tadi.

Majlis yang turut dihadiri ahli keluarga usahawan tudung dan beberapa pekerjanya, Ebit berkongsi mengenai ujian dan cara mendidik hati daripada terus bers4ngka buruk.

“Kena belajar memaafkan dan ‘putihkan’ hati. Kalau hari ini hari terakhir, selagi hidup kita kena ada semangat untuk berjuang.

“Tapi kalau hari ini hari terakhir kita hidup di dunia, kita kena berasa gembira apabila sampai ajaI sebab dapat bertemu Allah,” kongsi Ebit Lew.

Beliau turut berkongsi agar sentiasalah mengadu kepada Allah melalui doa kerana ia boleh menjadi ‘asbab’ kepada kebaikan semua. Mawar menganggap percer4iannya adalah satu ujian dan menyedari turut berbuat silap dan perlu muhasabah diri.

“Saya kena teruskan kehidupan dan pasti Allah itu tidak zaI1m dan Dia Maha Adil. Pasti ada yang terbaik untuk saya pada masa depan. Saya cuba terbaik, apa pun saya nak perbetulkan diri sendiri dan utamanya nak dekatkan diri dengan Allah.

“Saya memang akui sentiasa mengadu pada Allah, tak perlu meng4du pada orang lain. Saya akui saya pun ada salah sebelum ini tetapi yang penting ialah yang nak berubah adalah saya sendiri dan minta doa pada Allah saja,” luah Mawar.

Fizo dan Mawar bernikah pada November 2013 tetapi mereka sah bercer4i talak satu di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan di Mahk4mah Rendah Syariah Hulu Langat pada 9 Julai lalu.

Permohonan cer4i itu dibuat Mawar mengikut Seksyen 47 En4kmen Und4ng-Und4ng Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebak bila buat majlis ilmu di rumah Mawar. Syukur jumpa kedua mak ayahnya yang sangat baik. Terharu mereka berdua rajin tengok door to door ebit lew. Mawar sangat positif dan baik. Dapat berkongsi doa dan amalan dalam keluarga. Doa bangkit dari kesedihan dan hadiahkan buku isteriku bidadari. . Walau beliau cuba tahan akhirnya beliau meluah rasa dan menangis ketika saya tanya jika mungkin hari ini hari terakhir apa kata nasihat untuk anaknya satu hari nanti. Nasihat Mawar agar anak jaga agama dan jaga solat. Saya doakan beliau panjang umur bahagia dan Allah berikan yang terbaik buat hidupnya. Benarlah bila ingat Allah hati kita rasa bahagia. Allah sayang. Boleh tonton full video di youtube ebitlew. #youtubeebitlew #tonton Boleh klik link di atas -ebitlew #doortodoorebitlew #astroAosis

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: hmetro dan ig 

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ustaz Ebit Lew Datang Tazkirah Dirumah, Tak Sangka Ini Kata-Kata Mawar. “Maryam, Andai Ini Hari Terakhir”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*