Ujian Bukan Meng4hancurkan, Tetapi Menguatkanmu

Wahai Saudaraku,

Di saat dirimu diuji, pasti air matamu menjadi teman sepertiga malammu. Kehil4ngan tempat kau bersandar sehingga merasa lemahnya jiwa yang sedang menanggung ujian.

Bahkan dirimu tidak lagi mampu menebarkan sayap senyumanmu yang indah kerana gal4unya hatimu menanggung derita RANGKAIAN UJIAN.

Namun, ketahuilah bahawa sebenarnya RANGKAIAN UJIAN itu bukanlah dicipta untuk melemahkan dan menjatuhkanmu.

Tetapi ia dirangka untuk mendidik hati dan jiwamu agar sentiasa KEMBALI TUNDUK DAN PATUH PADA YANG MAHA MENCIPTA. Insha ALLAH.

Kerana di dalam setiap ujian yang ALLAH hantarkan kepadamu ada pengajaran indah yang tidak mampu disingkap oleh hambaNya yang lain melainkan hanya dirimu. Insha ALLAH.

Ibarat kata pepatah, hanya yang minum akan merasa manisnya air dan hanya yang makan akan merasa lazatnya makanan.

Namun bagaimana mungkin mampu dicicipi sedap dan lazatnya sesuatu perkara andai tidak dirimu berjalan dan merasainya terlebih dahulu.

Maka setiap perkara harus kau lalui dan rasai agar kau mampu merasai keindahan menikmati nikmat yang telah ALLAH PINJAMKAN untukmu selama mana denyut nafasmu itu bersuara. Insha ALLAH.

Wahai Saudaraku,

Jalanmu untuk MENUJU ALLAH itu bukanlah jalan yang di hiasi dengan senyuman manis. Bukanlah jua di hiasi dengan taburan bunga mawar yang mekar nan indah.

Namun JALAN MENUJU ALLAH itu adalah jalan yang tidak semua insan mampu atau sanggup melaluinya melainkan mereka yang berjiwa hebat seperti DIRIMU. Insha ALLAH.

Maka bangunlah dan berjalanlah kamu menuju kepada ALLAH. Kerana pintu CINTA ALLAH harus kau ketuk sebelum kau mampu melanglah masuk. Insha ALLAH.

Untuk memiliki sesuatu hal yang MAHAL DAN TERHAD maka dirimu harus sanggup bekorban. Dan pengorbananmu itulah merupakan RANGKAIAN UJIAN dari yang MAHA AGUNG buat hambaNya yang lemah.

Kerana tidak akan bertemu dua muara di dalam satu sungai. Kata pepatah, tidak akan ada dua RAJA di dalam satu NEGARA dan tidak akan bersatu dua CINTA di dalam satu HATI.

Maka untuk memiliki CINTA ALLAH DAN RASULULLAH ﷺ, Haruslah dirimu dihancurkan selumatnya, jiwamu di t0reh setaj4m dan sedalamnya, dan hatimu dih4ncurkan seh4ncurnya.

Agar menunduk jasadmu merendah diri di hadapan SANG MAHA PENCIPTA lalu sedarlah bahawa ENGKAU HANYA HAMBA YANG LEMAH dan hanya ALLAH YANG MAHA BERKUASA KE ATAS DIRIMU. Insha ALLAH.

Maka bilamana kamu di dalam RANGKAIAN UJIAN, maka ucapkanlah ALHAMDULILLAH. Kerana ALLAH sedang memandang dan mencurahkan KASIHNYA untukmu.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH ATAS SEGALA UJIANMU KE ATAS DIRI KAMI. SESUNGGUHNYA KAMILAH YANG MENZALIMI DIRI KAMI SENDIRI..

Wahai Saudaraku,

Kesatlah airmatamu dan tersenyumlah di dalam RANGKAIAN UJIAN yang dikirimkan ALLAH untukmu.

Di dalam setiap denai ujianmu, maka pandanglah ALLAH yang mentakdirkan semuanya untukmu. Pandanglah RASULULLAH ﷺ sebagai ikutanmu. Separah mana pun jua hatimu, maka tersenyumlah bibirmu.

Wahai Saudaraku,

Untuk merasai lazatnya CINTA ALLAH dan RASULULLAH ﷺ, maka harus dihapuskan selain cinta ALLAH dan RASULULLAH ﷺ di dalam hatimu.

Agar ISTANA HATIMU dimiliki hanya oleh RAJA yang berhak iaitu SANG MAHA RAJA YANG AGUNG, IAITU ALLAH.

Maka untuk mematahkan hatimu pada selain daripada ALLAH, diciptakan ujian buatmu agar terhimpun banyaknya kekecew4an mu kepada selain ALLAH.

Lalu akan tunduk dan kembalilah kamu kepada ALLAH, yang MAHA MENCIPTA dirimu. Insha ALLAH.

Lihatlah saudaraku, begitu kasihnya ALLAH kepadamu. Dititipkan ujian bukanlah kerana mar4h atau murk4nya tetapi hanyalah kerana SIFATNYA YANG BERSIFAT DENGAN AR RAHMAN DAN AR RAHIM.

Sebesar mana pun m4ksi4t dan d0s4mu kepadaNya, masih jua ALLAH mencipta JALAN KEMBALI untukmu. Insha ALLAH.

REDHALAH KAMU ATAS LAKUAN ALLAH, MAKA ALLAH AKAN MEREDHAI KAMU SEBAGAI HAMBANYA. INSHA ALLAH.

Tersenyumlah dengan penuh keindahan, agar hatimu dibalut dengan bunga-bunga cinta yang kekal abadi. Sebagai hadiah istimewa dari KEKASIH (ALLAH) untuk KEKASIH (HAMBA). Insha ALLAH.

Hati yang tenang dan hati yang tenteram itu adalah HATI YANG DI DALAM ADA CINTA ALLAH DAN RASULULLAH ﷺ.

Wahai Saudaraku,

Maka aku berpesan akan perihal ini untuk diriku terlebih dahulunya dan buat pedoman kalian semua yang membacanya.

Semoga ia membawa manfaat keatasku dalam memperbaiki diri dan juga buat kalian semua. Insha ALLAH.

ﻭَٱللّٰهُ أَﻋْﻠَﻢُ بِٱﻟﺼَّﻮَٱﺏِ

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ujian Bukan Meng4hancurkan, Tetapi Menguatkanmu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*