Tiga perkara yang menggambarkan keperibadian Raja Permaisuri Agong Yang Ramai Tak Tahu

KUALA LUMPUR: Tiga perkara yang menggambarkan keperibadian Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Alm4rhum Sultan Iskandar – “Cantik, intelligent, pandai memasak”.

Itu reaksi spontan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika dilontar soalan mengenai pasangan hidup baginda Tuanku itu.

Tuanku bertitah demikian sewaktu ditemubual Editor Eksekutif Astro AWANI Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng sempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, pada 30 Julai ini.

“Permaisuri begitu tahu selok-belok tentang masakan dan masak sendiri, dan kalau makan dia rasa lain macam, dia tahu apa yang kurang. Lebih daripada itu, saya nak berkongsi di sini bukan saja dia pandai memasak, tetapi dia cepat pula memasak.

“Dan ini yang saya cukup kagumlah. Saya… kalau saya duduk di meja makan tu, oh dia kata dia nak masak ini sekali untuk saya ni, tak sampai berapa minit dah siap,” titah Tuanku.

Berkongsi mengenai masakan daripada air tangan Raja Permaisuri Agong, Tuanku ada berkongsi beberapa jenis kegemarannya.

“Gulai kicap, ayam masak kicap.. masakan orang putih.. Western food, as I said just now, burger, roasted beef, Shepherd’s pie, chicken pie… dan macam macam lagilah.

“Antara lauk yang suka, saya suka taucu, dulu taucu sotong, taucu ikan, dan golek ayam… Laparlah pula,” seloroh Tuanku.

Dalam pada itu, Tuanku turut berkongsi harapan baginda mengenai cucundanya, yang bakal mewarisi takhta Kesultanan Pahang Moden, dan seterusnya bakal menjadi Yang di-Pertuan Agong seterusnya mengikut sistem Majlis Raja-Raja.

“Saya harap, saya berdoa itu cucunda saya, cucunda yang akan saya dapat ni, nanti juga, harap mereka jadi anak yang berwibawa ataupun cucu yang berwibawa, dan mempunyai sifat-sifat yang mulia, dan yang baik, dan pandai ya.

“Dan saya harap… saya sentiasa berdoa supaya mereka menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan negara, Insya-Allah,” titah Tuanku lagi.

 

Artikel Berkaitan: “Maaf..Terdelete, Tak Sabar Nak Jadi Pengantin Baru Lagi Agaknya!” – Tweet Raja Permaisuri Agong Buat Ramai Terhibur

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali netizen sebagai kerabat diraja berjiwa rakyat dan ia jelas kerana baginda aktif di media sosial.

Selepas perkongsiaan mengenai durian, terbaharu baginda memuat naik gambar bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Twitternya.

Gambar Tunku Azizah dan Sultan Abdullah yang memakai pakaian rasmi menjadi tumpuan netizen gara-gara kapsyen mencuit hati baginda.

“Maaf… terdelete kerana tidak check terlebih dahulu sama ada gambar rasmi boleh dishare atau tidak.

“Tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya! Selamat Pengantin Baru…” tulis Sultanah Pahang ini.

Posting tersebut mendapat 3,435 ulang kicau dan 8,298 tanda suka sejak dimuat naik pagi Selasa.

Selain itu, Tunku Azizah turut berkongsi gambar perkahwinan diraja dengan Sultan Abdullah.

Dalam ruang komen gambar itu, seorang netizen bertanya kepada Tunku Azizah mengapa tengkolok berubah untuk setiap Yang di-Pertuan Agong.

Menjawab kepada pertanyaan itu, Tunku Azizah berkata setiap Agong akan mempunyai tengkolok masing-masing.

Ada juga netizen yang meminta agar Tunku Azizah berkongsi tip kecantikan.

“Terima kasih di atas maklum balas Tuanku. Kami tidak sabar menyaksikan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Julai ini.

“Juga tidak sabar untuk melihat potret baharu di dinding dan restoran. Kami juga merindui potret rasmi Raja Permaisuri Agong, sudah tiga tahun sejak kami melihatnya buat kali terakhir,” tulis seorang pelayar Twitter.

BAGAI PINANG DIBELAH DUA. NI BUKAN RAJA SEHARI, RAJA SETIAP HARI. APPRECIATE YOUR SOCIAL MEDIA ENGAGEMENT.

NETIZEN

Bagaimanapun Tuanku Azizah membetulkan tempoh ketiadaan potret Raja Permaisuri Agong yang ditulis netizen itu.

“Dua tahun,” tulis baginda.

Dalam pada itu, seorang netizen turut meminta Tunku Azizah untuk berkongsi tips kecantikannya.

“Tunku Permaisuri minta share skincare routine… cantiknya,” tulis Nur Dalila.

Seorang netizen turut mencelah dengan berkata walaupun baginda berkongsi rutin penjagaan kulit wajahnya dengan kita, sudah tentu kita tak mampu untuk beli produk tersebut.

Paparan skrin posting di Twitter.

“Hahahaha. Saya tahu tetapi saya hanya ingin tahu rutin hariannya. Kita tak mampu untuk buat facial spa setiap hari,” kata Nur Dalila.

Sementara itu, ramai netizen turut memuji kecantikan Tunku Azizah dan ketampanan Sultan Abdullah.

Foto yang mengimbas memori lama.

“Bagai pinang dibelah dua. Ni bukan raja sehari, raja setiap hari. Appreciate your social media engagement.

At least the rakyat will feel close to the rulers. Daulat Tuanku!,” tulis Fikri Hasyim.

Sultan Abdullah akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.

Justeru kerajaan mengumumkan tarikh itu sebagai cuti am tambahan bagi seluruh negara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Astro Awani

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tiga perkara yang menggambarkan keperibadian Raja Permaisuri Agong Yang Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*