“Tak Mampu Diteruskan”, Syafie Naswip Dan Aishah Azman Putus Tunang. Ini Puncanya

Rancangan untuk mendirikan rumah tangga musn4h selepas pasangan selebriti Syafie Naswip dan Aishah Azman mengesahkan ikatan pertunangan yang dibina tiga bulan lalu terleral.

Syafie, 27, menerusi laporan Astro Gempak memberitahu keputusan berat itu dibuat atas persetujuan bersama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Thanks @bubblegumwax_ & @letresorflower for this gift. Happy Raya 2019 Maaf Zahir Batin Thanks @apizzhassan for this awesome Baju Melayu. 🤘💐

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on

Pelakon filem Songlap turut mengakui dia gagal untuk menghadapi dugaan semasa tempoh bertunang dan menganggap apa yang terjadi melibatkan kematangan dirinya.

” Tidak ada orang ketiga mahupun masalah keluarga tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk diteruskan.

” Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?

” Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tahukah anda di dalam laut ada monster yang sedang sembunyi disebalik kegelapan? 😲 #padangindonesia #indonesia #shorttrip

A post shared by Aishah Azman (@aishahazman8) on

Syafie dan Aishah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.

Spekulasi mengenai hubungan Syafie dan adik kepada pelakon Afiq Muiz itu mula diperkatakan apabila mereka memadam foto bersama, selain sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Syafie sebelum ini menerusi laporan mStar pada 12 April lalu memberitahu dia tidak mahu menunggu lama untuk menamatkan zaman bujang memandangkan sudah tiba waktu sesuai untuknya berkahwin.

Syafie dan Aishah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Perjalanan ini sangat menyentuh tentang keperibadian ku, Melalui cara fikir dan pembelajaran yang diajar tentang hormat, Apa yang aku rasa ialah suatu perasaan bangga dengan identiti yang berakar hingga berabad kini dan tidak terhapus budayanya, Satu laluan yang membawa aku untuk mendalami sifat kekitaan.

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on

Biarpun belum menetapkan tarikh perkahwinan, namun Syafie dan Aishah pernah meluahkan hasrat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tahun ini juga.

Dalam pada itu, Aishah enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perpisahan mereka namun mengakui dugaan yang dilalui terlalu berat.

” Buat masa sekarang saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan. Kalau pihak Syafie mahu berkata apa-apa, saya tidak boleh menghalang.

” Saya akui dugaan ketika bertunang sangat berat,” ujarnya.

Syafie dan Aishah mengenali satu sama lain sejak 2015 dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

Terdahulu pelakon Aishah Azman pernah menyuarakan kebimbangan untuk menempuh dugaan sepanjang bergelar tunangan kepada dengan Syafie Naswip.

Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, 23, berkata bacaan daripada artikel mengenai dugaan bertunang membuatkan dia risau jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

” Takut juga dengan dugaan bertunang ni. Saya ada terbaca dan berborak dengan rakan yang sudah berkahwin.

” Mereka ada nasihatkan supaya cepatkan majlis pernikahan itu. Sebab dugaan dalam bertunang ni sangat besar.

” Jadi, saya kena kuat (hadapi dugaan). Sebab itu, kami rancang nak percepatkan majlis, memang tahun ini juga,” kata Aishah yang pernah dipetik sebagai berkata.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Baru 2 hari aku dah rindu masakan Malaysia 🥶😹 . . #AkuDiaDanPinkyPromise #AyieWorkWorkWork

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mstar via Ariana Rose

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tak Mampu Diteruskan”, Syafie Naswip Dan Aishah Azman Putus Tunang. Ini Puncanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*