” Tak Lama Lagi Gemuklah Budak Syukri Ni”-Digelar ‘Kembar’, Syukri Kini Sah Tinggal Bersama Keluarga Aliff Syukri

Minggu lepas Datin Shahida berkongsikan kedatangan seorang pemuda OKU berusia 20 tahun bernama Syukri kerumahnya. Pemuda yang tidak boleh mendengar dan bercakap itu datang dari Segamat dan mencari rumah keluarga usahawanita itu sehingga jumpa kerana terlalu minat terhadap suaminya, Dato Aliff Syukri. Syukri juga ada menyatakan hasrat untuk mencari kerja dengan keluarga berkenaan.

 Terbaru melalui posting Dato’ Aliff dan Datin Shahida, Syukri telah disahkan menjadi ahli terbaru keluarga pasangan jutawan kosmetik itu. Datin Shahida memuat naik satu foto Syukri sedang menikmati masakan ayam kurmanya membuatkan dia berasa senang kerana masakannya dihargai.

Dato Aliff juga ada berkongsikan momen sebaik pulang dari Thailand di mana dia meluahkan rasa bahagia dan gembira apabila disambut oleh ahli keluarga termasuklah Syukri. Apabila ditanyakan kepadanya jika Syukri terus tinggal di rumahnya, Dato’ Aliff mengiyakan perkara itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. . sepuluh hari di thailand seperti 10 tahun lamanya. inilah kegembiraan sebenar bila abang dapat jumpa keluarga abang walaupun abang travel jauh2 lama2 tapi tetap tak bahagia bile kelugar trcinta tiada disisi. abang sayang sangat kluarga abang yang trcintaa. . . penat letih tapi bkerja tpi bila abg nampak family smua terus rasa happy❤️❤️ demi @as.legacymalaysia . . . abang bukan bercuti tapi abang pergi kerana kerja. abang berkorban demi @as.legacymalaysia. perjalanan abang penginapan abang semuanya di sponsor oleh company2 besar di thailand. dlm industri perlancongan hotel,makanan dan lain.. adakah anda berminat nak nak sponser sy dan sy akan pomosikanya boleh wussp manager saya 017 221 2116 .. . . .

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Selain memuji kemuliaan dan kemurahan hati pasangan Dato’Aliff dan Datin Shahida kerana menyambut Syukri sebagai ahli keluarga mereka, rata-rata netizen juga meninggalkan komen mengatakan bahawa rupa Syukri ada iras Dato’ Aliff.

“Seiras sgt…dh mcm adik beradik…”

“Mcm kembar Dato lah…” 

“Mcm anak sulung syukri tu…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Aliff Syukri, Shahida Via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "” Tak Lama Lagi Gemuklah Budak Syukri Ni”-Digelar ‘Kembar’, Syukri Kini Sah Tinggal Bersama Keluarga Aliff Syukri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*