Surat Tak Beralamat

Barangkali, ketika kita kerap mempersoalkan tentang takdir yang diberi, menyalahkan dan menunding jari. Tuhan sedang ingin mengajarkan tentang erti kesabaran dan ketabahan.

Perjalanan hidup yang menuju kedewasaan, adalah sebuah proses kematangan. Matang bukan kerana kebesaran angka nombor semata tetapi kerana pengalaman dan keadaan.

Sejujurnya, bukan mudah untuk kita hadam tentang sesuatu perkara yang diluar jangkaan kita, dan jauh sekali daripada apa yang kita harapkan.

Bukan mudah untuk menelan pahit kehidupan dengan hanya sekali teguk.
Bukan mudah untuk berpura tidak peduli, dan senyum tanpa prejudis.
Bukan mudah untuk menerima hujan saat mengharapkan pelangi.

Tapi, siapa sangka, sesukar dan sesulit apa pun takdir yang kita terima, kita tetap telah laluinya sampai ke tahap ini.

Ke tahap kita hari ini. Baik atau sebaliknya, itu adalah pilihan yang telah kita pilih untuk perjuangkan.

Hari-hari, bahkan mungkin tiap saat. Aku berper4ng dengan diri aku sendiri. Penat. Sungguh melel4hkan. Luka. Dan sungguh memeritkan.

Tapi, ia lebih mengecew4kan, bila kau kalah dengan n4fsu dan fikiran kau sendiri. Kau kalah dengan sangkaan kau sendiri.

Aku jatuh. Selalu jatuh. Tapi aku tiada pilihan lain selepas itu, melainkan bangun kembali dan teruskan perjalanan hidup aku, yang bersisa entah berapa hari atau berapa saat lagi. Kalau aku pilih untuk tidak bangun sekalipun, tiada siapa yang akan peduli.

Hidup ni, bukan semata tentang ‘aku’, tentang diri kita sendiri. Tapi tentang banyak hal yang kadang tak mampu kita fikirkan. Yang akhirnya, kita lebih memilih, untuk biarkan ia terus menjadi persoalan dan tanda tanya, tanpa ada jawapan.

Cuma, kelak jika ada di antara kita yang masih ragu dengan takdir Tuhan, tenang saja dan jalanilah sebaiknya. Tuhan akan tunjukkan, betapa cinta-Nya Maha Agung dari sangkaan kita.

Tak mengapa kita jatuh, tak mengapa kita salah, tak mengapa kita kalah. Tak mengapa kita menangis semahunya. Tak mengapa kita luka, tak mengapa kita memend4m rasa.

Sangkaan aku, dunia memang diciptakan begitu. Tak lurus dan penuh liku.

Dan pengakhirannya, cuma ada satu.

Masa lalu, biarlah ia menjadi kenangan, dan bukan halangan. Meski kita memilih untuk melupakan kerana memeritkan, tapi jika yang namanya kenangan, ia tetap takkan mampu terpadamkan. Moga saja, kita mampu berdamai dengan masa lalu dan Tuhan.

Selamat berkuat-kuat wahai jiwa yang sedang berantakan. Moga kedamaian akan menemuimu dengan cara yang paling tak kau jangkakan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Surat Tak Beralamat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*