Siti Sarah Mengaku Mahu Tambah Seorang Lagi Anak, Tapi Lain Pula Dengan Shuib

Meski masih menanam impian untuk menambah bilangan ahli keluarga, namun penyanyi dan ushawan, Sarah Raisuddin menjelaskan dia tidak merancang untuk mempunyai zuriat lagi dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, dia dan suami tidak menolak andai dikurniakan rezeki hamil lagi.

“Saya tidak merancang untuk menambah anak dalam tempoh terdekat ini.

“Namun, jika Allah beri rezeki untuk kami dapat anak lagi pada tahun ini, saya terima dengan tangan terbuka,” kata penyanyi Siti Sarah seperti yang dipetik Harian Metro.

Tambah penyanyi Semakin ini lagi, dia sebolehnya mahukan empat cahaya mata bagi melengkapkan mereka sekeluarga. Akan tetapi, situasinya nyata berbeza dengan suami.

“Saya memang mahu menambah seorang lagi anak. Namun suami pula mahu memiliki anak yang ramai kerana dia mahu keluarga besar,” jelas Sarah jujur.

Ditanya mengenai keadaan fizikalnya yang tampak berisi terutamanya di bahagian perut sebelum ini, Sarah menafikan dakwaan segelintir pihak yang membayangkan dirinya hamil ketika Konsert Soul Sisters, baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Menjadi seorang ibu tak membataskan saya utk menjadi seorang wanita yg bekerjaya..

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

“Sebenarnya, saya berdepan dengan masalah h0rmon tidak stabil hingga terpaksa berjumpa d0ktor untuk merawat masalah itu sebaik saja selesai konsert sebelum ini.

“H0rmon yang tidak stabil turut mempengaruhi berat badan, dar@h gemuruh dan cepat panik.

“Saya juga terpaksa mengambil ubat yang disarankan doktor untuk merawat masalah h0rmon tidak stabil ini,” katanya lagi

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga anak, Uwais Alqarni, 7, Dzahira Talita Zahra, 4, dan Ariq Matin, 2.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Apa yg berapi tu sayang?? @shuibsepahtu

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Instagram Sarah via MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Siti Sarah Mengaku Mahu Tambah Seorang Lagi Anak, Tapi Lain Pula Dengan Shuib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*