Siti Nordiana Minta Putus Dengan Alvin Chong Sebab Pentingkan Diri, Rela Pilih Fikry Ibrahim!

Penyanyi Siti Nordiana mengakui dia mengambil keputusan drastik untuk berpisah dengan pasangannya, Alvin Chong kerana menyedari pelakon itu hanya lebih mementingkan diri dan kerjaya, berbanding dengan dirinya. Atas keputusan yang dibuat, pelakon Pengantin Musim Salju itu akhirnya kembali kepada pelakon dan pelawak, Fikry Ibrahim!

Itu sinopsis ringkas berkenaan dengan jalan cerita untuk muzik video single terbarunya, Hatiku Milikmu yang sudah pun dilancarkan secara rasmi beberapa hari lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Morning!! Jom kita happy2 kan diri ! Jgn sedih2 k! Jangan lupa dengar #satukanrasa harini & vote mader kat ABPBH32 k 🙏🏻😘 . 📷 @_wawa88_

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

Mendapat reaksi positif daripada pencinta muzik tempatan setakat ini, ibu tunggal beranak satu itu turut melahirkan rasa syukur dan gembira, apatah lagi ini merupakan antara lakonan sulungnya menerusi sesebuah muzik video.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah mv #hatikumilikmu dah ada kat you tube!! So uols boleh link kat bio nana ❤️ #sitinordiana @17elevenmusic @primavalet @storytellrs @sndsoulentertainment

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

“Sebelum in memang ada berlakon untuk muzik video sendiri, tetapi tidaklah terlalu kompleks macam lagu baru ini. Tapi peminat kedua-dua aktor tersebut janganlah panik sebab adegan berpisah dan bercinta itu hanya untuk menjayakan muzik video itu sahaja.

Lebih-lebih daripada tu, tak ada ya…” kata Nana ketika ditemui MH di majlis pelancaran lagu berkenaan di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malam ni uols ada date ngan kitorang k! Minggu akhir #cekelathoney . Selasa hingga khamis jam 9 pm . Di Astro Citra & Citra HD @bambam_studios @fikryibrahim @hadithomar

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

Menerusi muzik video tersebut, dilihat Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana seperti sudah berkahwin dengan Alvin. Bagaimanapun atas beberapa sebab, dia mengambil keputusan untuk berpisah seterusnya kembali ke pangkuan lelaki lain.

“Saya tidak suka dengan sikap Alvin  yang pentingkan diri sendiri hingga abaikan saja. Jadi saya ambil keputusan drastik untuk tinggalkan Alvin dan kembali kepada Fikry yang dirasakan mampu membahagiakan saya. Gitulah!” seloroh Nana yang cukup teruja dengan hasil muzik video berkenaan yang diarahkan oleh Storytellrs yang sebelum ini turut mengarahkan muzik video Nabila Razali, Pematah Hati yang viral.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sending love to everyone who is trying their best to heal from the things they do not discuss. ❤️

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) on

“Saya ditatarias oleh Tym Fatimah dan penggambarannya mengambil masa selama beberapa hari sahaja di Krabi, Thailand,” akhiri Nana yang turut mengharapkan yang terbaik buat lagu ini selepas single sebelumnya, Terus Mencintai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pujaan hati mama ayan bambam ❤️

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

Dalam tempoh tiga hari dimuat naik di YouTube, muzik video berkenaan sudah pun ditonton hampir 250,000 kali tontonan dan setakat ini, ia menjadi video Malayisa ke-19 yang trending. All the best buat Nana!

Foto: Instagram Siti Nordiana

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Siti Nordiana Minta Putus Dengan Alvin Chong Sebab Pentingkan Diri, Rela Pilih Fikry Ibrahim!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*