Shenty Feliziana Selamat Lahirkan Anak Pertama

Berita gembira itu dikongsi Shenty menerusi ruangan Instagram (IG) Story miliknya beberapa jam lalu.

Di perkongsian tersebut, Shenty turut berkongsi foto anak sulungnya itu.

“Assalamualaikum dunia, Good morning everyone! Alhamdulillah 

#lilben is finally here, born on 28 July, 7.16 am at 3.5 kg.

“Thank you for all the overwhelming love,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Singapura ini meluahkan rasa syukurnya menimang cahaya mata pertama itu.

“Saya dan @reuben_elishama (suaminya) sangat bersyukur dan dirahmati, ia sukar diungkapkan dengan kata-kata,” tambahnya.

Imbas kembali, Shenty dan Reuben yang juga seorang pelakon di Indonesia mendirikan rumah tangga pada sekitar bulan April tahun lalu.

Selain bergelar pelakon, Shenty atau nama sebenarnya Shenty Feliziana Sudirman ini juga pernah mengacarakan program hiburan popular terbitan Astro iaitu HLive.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Shenty Feliziana Selamat Lahirkan Anak Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*