Sesaat Yang Hampir Dan Pasti

Wahai jiwa yang diredhai Allah, kembalilah dengan redhaNya, nescaya tempat yang baik itu di sisi Allah SWT.

Pergilah seantero dunia, berlarilah dalam mencari tempat untuk bersembunyi, pakailah perisai paling kebal di dunia, percayalah, anda tidak boleh lari daripada sebuah kem4tian.

Kem4tian ialah saat yang begitu hampir bagi kita. Tiada tunda, tiada segera, tiada paksa, tiada penantian malah bukan permainan.

Sepertimana Allah berfirman dalam Surah al-A’raaf ayat 34 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang mempunyai jiwa akan merasakan kem4tian”.

Sesungguhnya segala yang berada di atas muka bumi ini adalah pinjaman dari-Nya sahaja. Maka, kita hendaklah bersedia dan redha andai Dia menjemput semula hamba yang dikehendakiNya.

Kem4tian tidak boleh diukur. Sesungguhnya kem4tian itu adalah rahsia Allah yang sudah tertulis di Luh Mahfuz. Jadi, bagaimana manusia ingin mengetahui bila tarikh kem4tian mereka?

Manusia tidak akan pernah tahu bila mereka akan m4ti. Malah, tidak pernah tercatat pada calendar tahunan bahawa kita akan m4ti pada tarikh sekian sekian.

Oleh kerana itu, manusia perlu sentiasa bersedia menghadapi kem4tian dan membuat amal ibadat sebagai bekalan di akh1rat kelak.

Sebagai seorang mukmin, kita pastinya meninginkan kem4tian yang baik yakni m4ti dalam keadaan husnul khotimah. Apakah yang dimaksudkan dengan kem4tian husnul khotimah?

Kem4tian husnul khotimah bermaksud kem4tian yang mempunyai pengakhiran baik atau kesudahan yang terbaik dalam hidup kita.

Dalam erti kata lain ialah m4ti dalam keredhaan Allah SWT. Jadi, apakah tanda-tanda kem4tian husnul khotimah?

Berbahagialah orang-orang yang Husnul Khotimah

Orang yang meningg4l dalam suatu urusan di jalan Allah (Fi Sabilillah) adalah termasuk dalam tandan-tanda husnul khotimah. Sebagai contoh, seseorang itu dibu nuh dalam mempertahankan agamanya iaitu agama Islam.

Maka dia di antara golongan yang husnul khotimah. Orang yang meningg4l dalam keadaan mengerjakan kebaikan atau amal soleh juga antara golongan yang husnul khotimah.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Barangsiapa yang meningg4l ketika mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana Allah maka dia masuk Syurga, barangsiapa yang berpuasa suatu hari kemudian meningg4l maka dia masuk Syurga dan barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah kemudian dia meningg4l maka dia masuk Syurga.” (HR Ahmad).

Indahnya kalimah Syahadah apabila seseorang itu mengucapkannya sebelum menghem buskan nafas terakhir kerana syurga itu pasti bagi mereka.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah ‘Laa ilaaha illallah’ maka dia akan masuk Syurga.” (HR Abu Daud).

Ungkapannya tidak begitu susah. Namun, hanya insan yang terpilih sahaja yang mampu mengungkapkannya. Tidakkah kalian menginginkannya?

Pasti ramai yang menginginkan pengakhiran mereka disudahi dengan kalimah syahadah tetapi adakah pasti kita dapat mengungkapkannya?

Segalanya bakal terjawab dengan amalan, usaha dan doa kita.

Alangkah beruntungnya kaum wanita. Kenapa? Kerana hanya wanita sahaja yang mampu mel4hirkan zuriat. Antara kelebihan bagi kaum wanita adalah apabila mereka men1ngg4l dunia kerana melahirkan zuriat, maka mereka tergolong dalam kalangan husnul khotimah.

Sepertimana Rasulullah SAW bersabda: “Terbu nuhnya seseorang muslim terhitung syahid, kem4tian kerana wabah t4un terhitung syahid, kem4tian kerana s4kit perut terhitung syahid, kem4tian kerana tenggelam terhitung syahid dan wanita yang m4ti kerana melahirkan anaknya terhitung syahid.” (HR Ahmad).

Sakitnya saat mel4hirkan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bahkan tidak dapat dizahirkan dengan perbuatan.

Namun, ganjaran yang bakal diterima juga tidak terhitung nilainya. Andai aj4l menjemput ketika melahirkan zuriat, maka beruntunglah wanita tersebut.

Namun jika Allah SWT beri ruang dan peluang seorang wanita untuk meneruskan kehidupan setelah melahirkan zuriat, maka perbanyakkan amal ibadat kepada Allah kerana nikmat bers4lin itu menjemput peluang kita sentiasa tunduk dan taat kepada Allah.

Kad Jemputan Izrail daripada Tuhanmu

“Dengan segala hormatnya dijemput tuan/puan tanpa pangkat dan harta untuk menghadap Rabbul Izzati dengan rahmat dan kasih sayang.”

Malaikat m4ut sentiasa menjengah kita tidak kira di mana sahaja kita berada. Dalam mana kita lek4 dengan dunia, amalan sentiasa dicatat oleh malaikat sama ada kita melakukan kebaikan mahupun kebu rukan.

Tidak akan terlepas walau sekecil zarah kebaikan mahupun kebu rukan yang dilakukan.

Oleh itu, diingatkan bahawa kita perlu sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara dengan penuh ketaqwaan.

Jika terdapat d0sa lampau yang dilakukan sama ada secara tidak sengaja atau sengaja, mohonlah keampunan daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Justeru itu, setiap insan perlulah bersedia untuk menghadapi kem4tian kerana m4ti itu tidak mengenal usia, masa dan tempat. M4ti itu tepat pada masanya, saat kem4tian itu cukup hampir.

Ianya tidak akan lambat walau sesaat dan tidak akan cepat walau sesaat. Siapkan diri dengan segala bekalan untuk dibawa di akh1rat kelak.

Tepislah hasutan sy4it4n kerana golongan sy4it4n itu akan sentiasa mengh4sut umat manusia untuk bersama-sama ses4t daripada jalanNya sehingga ke hari k14mat.

Berusahalah untuk mendekatkan diri dengan Allah, mengenali Allah sebagai Sang Pencipta, melakukan segala kebaikan dengan hati yang ikhlas agar husnul khotimah menjemput kita bersama kiriman Izrail dari Allah SWT.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sesaat Yang Hampir Dan Pasti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*