Seandainya Aku Menjadi Sang Pelangi

Seandainya aku menjadi sang pelangi, sudah tentu akulah insan yang paling gembira.

Hal ini adalah kerana setiap manusia pasti tersenyum melihat tujuh warna pelangi yang cantik iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Aku ingin bahagia dan membahagiakan orang lain.

Pelangi muncul setelah hujan. Maka, janganlah dicari sang pelangi ini jika si hujan belum membasahi bumi. Aku pasti tidak akan muncul!

Begitulah rutin kehidupan manusia. Allah SWT akan memberikan hadiah berupa ujian kepada hamba-Nya.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-‘Ankabut: ayat 2-3)

Ujian itu dalam pelbagai bentuk. Kehilangan orang tersayang, kemis kinan, kes kitan dan sebagainya.

Saat diuji terasa malapnya hati ini umpama guruh berdentum, kil 4t sabung-menyabung. Hujan yang turun pula umpama aliran air mata yang membasahi pipi.

Namun begitu, saat sang mentari muncul lagi, terukir senyuman di bibir melihat sang pelangi muncul.

Sang pelangi muncul menandakan berakhirnya keperitan yang dialami. Cukup indah setiap takdir yang berlaku dalam kehidupan hamba-Nya.

Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya nanti.

Percayalah dengan janji Allah!

Setiap kepahitan yang kita lalui akan ada kemanisannya nanti. Apa yang penting, bersabarlah kerana syurga itu bukan percuma!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Seandainya Aku Menjadi Sang Pelangi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*