“Saya Bukannya Mahu Menunjuk.” – Kongsi Gambar 5 Pembantu Rumah Jaga Setiap Anak, Ini Penjelasan Zizie Izette

Pelakon Datin Seri Zizie Izette menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya sengaja untuk menunjuk apabila berkongsi gambar lima orang pembantu rumahnya.

Menurut laporan Harian Metro, Zizie menangkis tohmahan beberapa pemilik akaun Instagram (IG) sebaik dia memuat naik sekeping foto yang menampakkan lima pembantu rumahnya menjaga lima anak termasuk dua anak angkatnya, semalam.

Berikutan itu, warganet menyifatkan tindakan itu sebagai riak tambahan pula Zizie adalah isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

On our second day here! (Yesterday) #grandiondelemen #gentinghighlands

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

“Saya rasa tiada isu di sini kerana pengikut IG atau peminat sudah mengenali atau mengetahui kehidupan saya. Apabila membaca ruangan komen di IG, saya dapati ramai yang memberi sokongan.

“Ada dalam kalangan pengikut berharap mereka meraih rezeki yang sama seperti mana saya dikurniakan.

“Saya tidak ketinggalan mendoakan dan berharap rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Holiday in Genting. Again. Coz I just love this place. And the weather now is perfect too. 😍👌 #grandiondelemen #gentinghighlands

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

Menurutnya, dia sering berkongsi perkembangan hidupnya sekeluarga di IG dengan memuat naik foto miliknya.

“Jika foto disimpan dalam telefon bimbit, ia mungkin hilang apabila peralatan itu rosak. Disebabkan itu saya memuat naik di laman sosial kerana ia kekal di situ,” katanya.

Berkaitan pembantu rumahnya, Zizie tidak mengulas sejak bila mereka diupah dan berapa gaji dibayar.

Katanya, dia menggunakan khidmat lima pembantu rumah untuk mengendalikan lima anaknya termasuk keluarga.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Harian Metro via Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Bukannya Mahu Menunjuk.” – Kongsi Gambar 5 Pembantu Rumah Jaga Setiap Anak, Ini Penjelasan Zizie Izette"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*