“Saya Bukan Pengganti Elfira Loy “- Penyampai Berita Nafi Bercinta Dengan Sufian Suhaimi

Setelah didakwa bercinta bersama penyanyi terkenal Sufian Suhaimi, akhirnya penyampai berita TV9 iaitu Hawa Rizwana Ahmad Redzuan menafikan perkara tersebut.

Saya bukan pengganti Elfira Loy…

 “Saya bukan pengganti Elfira Loy dan kami sekadar kawan,” ujarnya.

Hawa menafikan isu bercinta dan mengatakan ianya tidak benar sama sekali malah penyampai berita ini juga menjelaskan hubungannya bersama Sufian yang sangat terkenal dengan lagu Di Matamu ini hanya sekadar kawan.

Jelasnya, dia mengenali dengan penyanyi tersebut sejak tahun 2017 kerana Sufian menyambung pengajian Ijazah Sarjana di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Bagaimanapun, kata Hawa juga persahabatan terbina semakin akrab apabila dia dan Sufian berlakon drama, Aku Tak Raya. Dalam pada itu, dia mengatakan juga berkawan dengan selebriti terkenal, Elfira hingga kini.

Saya tiada ‘feeling’ untuk percintaan dan kami juga tidak ke arah itu. Saya mahu katakan bukan pengganti Elfira Loy ( bekas tunang Sufian),” ujarnya menerusi Metro.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Metro

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Bukan Pengganti Elfira Loy “- Penyampai Berita Nafi Bercinta Dengan Sufian Suhaimi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*