Ringkasan Cara-cara Pelaksanaan Program Ibadah Korb4n Semasa Secara Wakalah

 1. Program ibadah korb4n secara komersial yang dianjurkan oleh organisasi yang terlibat secara langsung.

Disebut dengan jelas harga penyelenggaraan (pakej) satu bahagian lembu atau seekor kambing untuk ibadah korb4n contohnya RM500 tanpa dinyatakan upah, kos pengurusan dan keuntungan (walaupun ia sudah diambil kira dalam menentukan harga).

Ini harus bagi penganjur korb4n yang melakukan sendiri kerja-kerja penyemb3lihan, mel4pah dan mengagihkan daging korb4n, yang pada kebiasaannya mempunyai petugas-petugas sendiri.

Jadi, harga RM500 sudah merangkumi semua perkara dalam pakej tersebut. Ini berbeza dengan mewakilkan kerja tersebut kepada pihak ketiga dengan harga yang lebih murah untuk mengambil untung di atas angin.

Sekiranya diletakkan harga RM500, tetapi diwakilkan pula pihak ketiga dengan harga RM400, tanpa pengetahuan pewakil yang melakukan ibadah korban, maka akan menimbulkan masalah huukum.

Ini kerana wakalah ke atas wakalah adalah tidak sah kecuali dengan keizinan pewakil asal (principal).

Di Mekah sebagai contoh, Syarikat Al-Rajhi ada menawarkan khidmat semb3lihan korb4n dan melaksanakan dam haji di mana pelanggan hanya membeli kupon korb4n.

Segala kerja penyelenggaraan dan agihan dilaksanakan oleh syarikat tersebut. Boleh dianggap jualan kupon tersebut sudah merangkumi wakalah.

Bagi penganjur ibadah korb4n yang memiliki ladang, rumah semb3lih dan prasarana sendiri, sebaik-baiknya dinyatakan di dalam kupon atau resit wakalah melaksanakan ibadah korban tersebut adalah wakalah daripada pelanggan kepada pengurus untuk melakukan kerja korb4n dan mengagihkan dagingnya kepada fakir miskin.

Mengambil upah ke atas khidmat menawarkan pelaksanaan ibadah korb4n yang terjamin dan dilakukan dengan penuh amanah adalah harus dan tidak menimbulkan isu Syariah sekiranya ada lebihan daripada kos, bahkan ia boleh dianggap sebagai keuntungan kepada penganjur.

Adapun penganjuran wakalah ibadah korb4n secara individu atau berkumpulan tanpa memiliki prasarana seperti di atas, perlu dinyatakan sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan oleh pihak lain, maka ia termasuk di dalam huukum wakalah ke atas wakalah, di mana ia perlu kepada kebenaran muwakkil/principal.

Sama ada dilakukan sendiri oleh wakil, atau wakil lapis kedua, perlu dinyatakan juga apa yang dilakukan kepada lebihan baki penyelenggaraan ibadah korb4n. Ia boleh dianggap hibah kepada wakil atau disalurkan kepada aktiviti kebajikan. Sekiranya tidak dinyatakan, maka perlu dikembalikan kepada peserta.

2. Penganjuran program ibadah korb4n bukan secara komersial yang dilakukan oleh surau, masjid atau organisasi ataupun persatuan.

Disebut bahawa RM500 adalah harga sebahagian lembu atau seekor kambing korb4n. Perlu disebut kos adalah termasuk kos pengurusan, dan sekiranya ada lebihan duit, maka ia disedekah kepada badan kebajikan/sekolah agama/rumah anak yatim, surau atau untuk aktiviti agama dan kebijakan.

Sudah tentu kos ini merangkumi upah kepada petugas. Upah kepada petugas adalah aqad yang berasingan di antara penganjur dan petugas.

Contohnya aqad di antara Masjid (AJK surau) dengan petugas, di mana upah dan skop kerja mestilah diketahui dan dipersetujui awal-awal lagi. Ia akan diambil daripada kos pengurusan tersebut.

Sekiranya tidak dinyatakan ke mana atau apa yang akan dilakukan kepada duit lebihan kos korb4n, penganjur perlu memulangkannya semula kepada peserta.

3. Individu atau organisasi yang mengambil upah daripada kutipan penyertaan.

Dalam keadaan bertindak sebagai wakil kepada penganjur, dengan upah atau komisyen yang sudah dipersetujui dengan penganjur.

Sesetengah bank Islam di Timur Tengah seperti Saudi dan Mesir menawarkan produk “sak al-adhahi” iaitu pakej ibadat korb4n yang merangkumi wakalah untuk semb3lihan pengurusan dan agihan daging korb4n.

Ini dibenarkan oleh kebanyakan ulama semasa. Sekiranya mereka mengambil komisyen daripada jualan tersebut, perlulah dinyatakan berapa jumlah komisyen kerana ia melibatkan upah, dan upah di dalam aqad mu’awadah mestilah diketahui.

4. Hibah bersyarat ke atas lebihan kos korb4n.

Hibah bersyarat tidak sepatutnya dianggap sebagai upah. Ini kerana upah mestilah diketahui dan dipersetujui.

Hibah bersyarat bagi lebihan kos penyelenggaraan ibadah korb4n boleh dibahagikan kepada tiga keadaan:

(a) Hibah bersyarat disebut di samping upah yang ditentukan pada permulaan (upfront), sekiranya ada baki, diberikan juga kepada wakil. Dalam hal ini ia boleh diambil oleh wakil. Sama seperti no 3 di atas.

(b) Hibah bersyarat tidak bersama upah, (wakalah tanpa upah), tetapi lebihan diberikan kepada penganjur. Sekiranya ada lebihan, maka ia boleh diambil oleh wakil.

(c) Tidak dinyatakan upah dan tidak dinyatakan juga apa yang akan dibuat dengan lebihan. Ini dikira wakalah tanpa upah. Dalam keadaan ini, haram bagi wakil mengambil lebihan kos.

Dalam keadaan (b) seperti di atas, iaitu hibah bersyarat tanpa disebut atau diberikan upah lain, ia boleh dilakukan dengan menganggarkan/menentukan nilai seekor kambing atau 1/7 lembu.

Contohnya RM500, baki diberikan kepada wakil/penganjur. Contoh, “Saya bayar duit RM500 ini untuk sebahagian lembu korb4n yang dianggarkan lebih kurang RM460-RM480 atau ditetapkan seperti carilah kambing dengan harga RM475, yang selebihnya/baki adalah untuk diberikan kepada kamu/penganjur.”

Konsep ini disebut oleh fuqaha sebagai:

إذا قال الموكل للوكيل: بع العين بكذا، فما زاد فهو لك

Apabila berkata pewakil kepada wakil: “Juallah barang ini dengan sekian-sekian, apa yang lebih adalah untukmu.”  

Di antara ulama yang mengharuskan konsep ini (upah bersyarat) ialah Ibn Abbas, Al-Zuhri, Qotadah, Ayub al-Sakhtiyani, Ibn Sirin, Al-Sya’bi, Hassan al-Basri, Ishaq Ibn Rahawaih, Ahmad bin Hanbal, dan juga ulama mazhab Hanbali.

Ulama yang bersandarkan kepada pandangan ini juga mengharuskan membeli dengan harga sekian, sekian, sekiranya harga yang diperolehi lebih rendah, maka perbezaan harga itu diberikan kepada wakil.

Contoh, “Belikan saya sebahagian lembu korb4n dengan saiznya sekian sekian berat dalam kilo sekian sekian dengan harga RM500, sekiranya kamu boleh dapatkan harga yang lebih rendah, perbezaan harga saya berikan kepada kamu.” 

Walaupun begitu, perlu diingatkan supaya tidak berlaku ghubn iaitu kerugian disebabkan penipuan bagi muwakkil iaitu pelaku ibadah korb4n di mana, kadang-kadang lembu yang disemb3lih adalah yang kurus atau tidak cukup syarat sah semb3lih, kerana dibeli dengan harga yang begitu rendah disebabkan pengambilan upah yang tinggi.

Kaedah ini boleh dipakai sekiranya sesuatu yang dibeli (subject matter) diketahui kualiti, spesifikasi dan harga di pasaran, terkawal dalam transaksi biasa.

Lebihan kos itu pula tidak sepatutnya dianggap sebagai keuntungan yang dicari dalam menunaikan ibadah korb4n.

Tidak salah memperoleh keuntungan, dan tidak salah mengambil upah secara komersial dalam penawaran khidmat ibadah korban secara wakalah, tetapi ia mestilah melalui upah yang diketahui dan dipersetujui.

Walau bagaimanapun penulis tidak berapa menggalakkan kaedah ini dalam pelaksanaan ibadah korb4n secara komersial kerana sebab-sebab berikut:

(1) Jumhur ulama tidak membenarkan kaedah ini kerana ada unsur gharar (ketidak pastian) pada upah. Penetapan upah adalah penting untuk kebaikan dan keadilan kedua-dua pihak yang berkontrak, muwakkil dan wakil.

(2) Ia boleh terdedah kepada penipuan (moral hazard). Mungkin penganjur akan mencari lembu yang jauh lebih murah atau tidak memenuhi syarat sah korb4n untuk memaksimakan keuntungan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ringkasan Cara-cara Pelaksanaan Program Ibadah Korb4n Semasa Secara Wakalah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*