Ramai Peminat Terpegun Dengan ‘Jawline’ Aryan Khan, Anak Bujang Shah Rukh Khan

Bagi anda pencinta Bollywood, sudah tentu akan menjadikan Shah Rukh Khan sebagai hero pilihan. Nah, bagi anda peminat tegar raja Bollywood satu ini, pasti anda mengenali anak sulungnya Aryan Khan.

Aryan Khan merupakan anak pertama Shah Rukh Khan dan Gauri. Sememangnya tidak terlalu ekpos dalam dunia glamour, apatah lagi  muncul di media.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The Birth Giver

A post shared by Aryan Khan (@___aryan___) on

Jejaka yang dilahirkan pada tahun 1997 ini rupanya memiliki sifat pemalu. Dia sangat jarang menunjukkan dirinya di hadapan umum meskipun kerap sekali menjadi sorotan.

Bahkan, di akun Instagram peribadinya pun dia sangat jarang memuatnaik foto. Namun pada hari ini, Isnin (18/3)  Aryan kembali memuatnaik foto di akaun Instagram miliknya. Berikut foto terbarunya yang membuatkan ramai gadis tergoda dengan ketampanan Aryan.

Aryan menulis kapsyen dengan ringkas, ‘Narcos’ dan menandakan lokasi di Courchevel, Rhone-Alpes, Perancis. Yang pertama dari tiga gambar yang dimuatnaik menunjukkan dia duduk di atas tanah, memegang salji di tangannya, yang kedua menunjukkan dia menatap telefonnya, dengan berlatar belakang pergunungan gaji, manakala yang ketiga menunjukkan dia dalam pandangan ke sisi.

Kapsyen dan foto Aryan ini tentu saja menarik perhatian netizen selain terpegun dengan ‘Jawline’pada wajah yang dimilikinya. Aryan Khan yang semakin mirip dengan ayahnya membuat netizen membanjiri ruangan komen di Instagramnya.

Tidak hanya mewarisi ketampanan ayahnya, Aryan juga meminati bidang lakonan dan pernah muncul dalam beberapa filem seperti Kabhie Kushi Kabhi Gham dan The Incredibles. Aryan dilaporkan sedang mengikuti kuliah di sebuah universiti di California, Amerika Syarikat.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Instagram aryan / NOTE UNTUK AWAK

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ramai Peminat Terpegun Dengan ‘Jawline’ Aryan Khan, Anak Bujang Shah Rukh Khan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*