Peliharalah Bahasa

Bahasa adalah pertuturan melalui lidah dan mulut yang mengeluarkan kata-kata dan juga percakapan. Melalui bahasa yang baik dan indah ia menjadi ibadah dalam kehidupan kita.

Setiap hari kita bercakap mengeluarkan kata-kata dan bahasa, sama ada bahasa yang baik atau sebaliknya. Melalui bahasa dengan memberi salam sahaja kita sudah mendapat pahala di sisi-Nya.

Memberi nasihat dan juga menunjukkan jalan kepada seseorang juga melalui bahasa dan diberikan ganjaran pahala. Melalui telefon, penulisan di media sosial kita juga berbahasa. Oleh itu manfaatkan bahasa dengan baik. Begitulah luasnya peranan bahasa dalam kehidupan seharian kita.

Dalam usaha mewujudkan masyarakat yang kita idamkan mestilah bermula dengan bahasa dan perlakuan yang baik. Natijahnya, jika semua dalam kalangan kita berbahasa dan berperi laku baik akan dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan damai.

Menggunakan bahasa yang baik dan betul akan dapat menyampaikan maksud dan tujuan masing-masing, seperti memberi teguran yang baik dan nasihat yang baik.

Ia membabitkan, pola umum dalam pertuturan sesuatu komuniti sebagai kegiatan bercakap dan bertutur seseorang individu dalam suasana tertentu. Bahasa ialah alat yang digunakan dalam perhubungan, tetapi adalah aktiviti yang sebenar dalam perhubungan masyarakat.

Berkaitan bahasa Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, perbezaan bahasamu dan warna kulitmu. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui.” (Surah ar-Rum: 22)

Melalui perbezaan bahasa kita dapat mempelajari bahasa-bahasa lain di dunia dan sebagai kefahaman dan menyedarkan kita tentang kebesaran Allah SWT. Oleh itu, melalui bahasa yang baik melalui percakapan, nasihat, tunjuk ajar, pendidikan semuanya menjurus kepada pahala.

Melalui bahasa seseorang itu dapat mengubah kemungk4ran kepada kebaikan, melalui nasihat dan teguran yang baik.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa dalam kalangan kamu melihat kemungk4ran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya apabila dia tidak mampu, maka hendaklah mengubahnya dengan lidahnya, apabila dia tidak mampu, maka dia hendaklah menegur dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.” (Hadith riwayat Muslim)

Jelaslah, Rasulullah SAW mengajar kita, agar setiap umatnya memb3nci perbuatan mungk4r atau yang bertentangan dengan syariat Allah SWT. Islam menganjurkan agar kemungk4ran itu diubah segera dengan menggunakan kuasa atau kemampuan yang ada.

Jika tidak mampu, maka tegurilah dia dengan lisan (lidah) melalui bahasa atau melalui (tulisan). Jika tidak mampu juga, maka hendaklah dib3nci atau dijauhkan dan jangan pula disukai atau dirasai tiada apa-apa kesan m4ksi4t itu.

Begitulah pentingnya peranan bahasa melalui lidah atau percakapan. Melalui akal yang beriman dan lidah yang beribadah akan mengeluarkan kata-kata yang baik dan berkesan untuk disampaikan sebagai nasihat dan pengajaran dalam kehidupan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Orang Islam yang selamat itu ialah orang yang terselamat kepada orang Islam lain daripada gangguan lidah dan tangannya.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)

Tidaklah dinamakan Muslim orang yang tidak selamat kepada orang Islam lain daripada gangguan lidah dan tangannya.

Oleh itu, sebagai orang Islam elakkan perbuatan yang boleh menyakiti hati orang lain seperti memf1tn4h, mengumpat, meng4du-domb4, gosip, meng4ta hal orang lain, menc4ci, mencel4, meny1ndir yang semuanya memerlukan bahasa dan perkataan.

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya agar menjaga percakapan dan bahasa. Orang yang suka bercakap yang baik, bertujuan yang baik akan mendapat pahala dan diibaratkan sebagai sedekah yang mengandungi pahala, Setiap ucapan manusia akan ditulis oleh Malaikat Raqib dan ‘Atid yang sentiasa bersedia menulis apa yang diucapkan oleh manusia itu.

Percakapan yang baik adalah membawa erti dan tujuan yang baik, nilai kebaikannya (seperti menyuruh melakukan kebaikan) dan baik pemilihan kata-katanya, tidak kasar, tidak meny4akiti hati orang lain, sama ada semasa bergur4u, indah bunyi bahasanya ada nilai sastera, meskipun membawa kritikan yang t4jam serta baik pula cara penyampaiannya.

Semuanya apabila diucapkan, akan menjadi sedekah dan memberi pahala kepada mereka yang mengucapkannya. Ini kerana agama Islam itu berbentuk nasihat bagi melaksanakan semua perkara yang baik dalam semua bidang kehidupan.

Lantaran itu, bahasa yang baik itu akan menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala apabila diucapkan. Ia berkaitan dengan akhlak dan tingkah laku seseorang. Ada yang baik dan indah, ada pula yang bu ruk dan k3ji.

Oleh itu, semasa bergaul dengan orang lain pamerkan akhlak yang baik melalui bahasa yang baik dan indah dan juga akhlak yang elok dan terpuji.

Untuk menjadi baik bermulalah dengan berkata yang baik-baik dan sentiasa menjaga perlakuan dengan tingkah laku yang baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Peliharalah Bahasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*