“Masa Tu Allah Tarik Nikmat” – Abby Abadi & Norman Hakim Dedah Kisah Ceral Mereka, 11 Tahun Lalu

Setiap mahligai cinta yang dibina pasangan suami isteri mengimpikan sebuah perkahwinan berkekalan hingga ke jannah.

Namun, setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan kita merupakan ketentuanNya.

Menerusi rancangan Famili Firdaus yang disiarkan di Astro OASIS ramadan lalu, pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim ada berkongsi kisah pencer@ian perkahwinan mereka beberapa tahun lalu.

Menurut bekas penyanyi kumpulan Elite ini, kisah pencer@ian dia bersama bekas suaminya itu merupakan antara ujian paling besar dalam kehidupannya.

“Allah uji tu sebab Allah sayang pada saya apa yang terjadi dalam hidup saya pada tahun 2008 tu antara ujian paling besar dalam hidup saya dan sebenarnya Allah tu nak saya dekat dengan Dia.

“Masa tu Allah tarik nikmat dalam hidup saya tapi saya masih lagi tak ada kesedaran yang besar tentang kehidupan.

“Kenapa kita diciptakan dan sepatutnya apa sahaja yang kita lakukan memang tak boleh tinggalkan Allah.

“Satu kesilapan yang saya buat dulu adalah banyak benda dan perkara yang saya buat saya tapi lupa Dia,” kongsi Abby.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pertama kali kita berpeluk, berbaik dgn Memey kan (masa tu kita dah ‘Hijrah) kita bisik pd dia: “Kalau sayang suami Awak, tutuplah Aurat” & Sekarang, Alhamdullillah Syukur! Dgn izin ALLAH #SampaikansebabSAYANGSemoga yg lain juga mampu melakukannya utk sama2 merasa Syurga ALLAH.. Aminnnn… ❤❤❤ ALLAH berfirman:”Hai orang2 yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat2 yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNYA kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” (Tahrim 66:6)

A post shared by Abby Abadi  (@abby_abadi) on

Dalam pada itu, Norman turut berkongsi pengalaman sejurus bercer@i lebih 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, keduanya masih menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas isteri.

“Saya dengan Abby berkahwin pada tahun 2003 dan berpisah sekitar tahun 2008 lebih kurang 10 tahun yang lepas kami berpisah.

“Terus terang cakap kita belajar daripada pengalaman dan tempoh usia menjadikan kita InsyaAllah manusia yang matang.

“Daripada pengalaman itu maksud dia mana yang kita melalui titik-titik kelemahan tu kita cuba perbaiki dan apabila Allah S.W.T memberikan kami peluang kedua walaupun kita tidak ada jodoh sebagai suami isteri.

“Apapun, kami masih lagi meneruskan ukhwah itu sebagai seorang sahabat yang akrab demi anak-anak,” kongsi Norman jujur.

Untuk rekod, Abby dan Norman dikurniakan 3 orang cahaya mata bernama Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Masa Tu Allah Tarik Nikmat” – Abby Abadi & Norman Hakim Dedah Kisah Ceral Mereka, 11 Tahun Lalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*