“Maaf jika tersinggung… seronok menari sampai naik sheikh ” – Aksi lincah Sherry Alhadad Tarik Tumpuan

AKSI lincah Sherry Alhadad dalam program Drop The Beat Extra yang bersiaran di TV3 pada pertengahan Jun lalu menerima kr1tikan apabila tariannya dianggap keterlaluan dan tidak sopan. 

Menurut Sherry, 34, apa yang dilakukan itu semata-mata mahu menjayakan permainan per4ng bibir (lip sync b4ttle) sebaik mungkin dan tidak menyangka ia mengund4ng kec4man netizen.

“Saya ni pelakon teater dan kebanyakan benda memang kena exaggerate atau berlebih-lebihan sampai saya jadi lupa diri semasa menari tu.

“Sejujurnya saya memang obs3s dengan program lip sync begini, lagi pula sudah dua tahun saya kalah dengan kumpulan lelaki.

“Tahun ini saya tak kira, kita mesti menang hadiah sampai terlupa diri sebab terlalu seronok. Itu fasal naik sheikh tu!,” katanya kepada mStar.

Barisan pelakon telefilem komedi berjudul Geng bakal bersiaran pada 18 Julai ini.

Sherry ditemui semasa tayangan perdana telefilem Geng yang diadakan di GSC Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.

Drop The Beat Extra dikendalikan oleh Sherry bersama Dennis Yin itu turut menampilkan Aman Ra dan Sean Lee mewakili kumpulan lelaki berentap dengan kumpulan wanita iaitu Nabila Huda dan Ernie Zakri diketuai oleh Sherry.

Bagi pusingan akhir, Sherry menunjukkan bakat tarian menerusi lagu Don’t Stop Me Now nyanyian asal Queen sehingga mendapat tepukan gemuruh penonton di studio.

Saya memang tak ada niat lain, hanya nak hiburkan penonton sahaja SHERRY ALHADAD Pelakon

Sementara itu, pengacara program Big Stage ini memohon maaf jika ada penonton yang tersinggung dengan tariannya itu.

“Saya memang tak ada niat lain, hanya nak hiburkan penonton sahaja dan 1su ini tak ada apa yang nak diperbesarkan.

“Saya minta maaf jika ada yang ters1nggung!,” ujarnya.

Geng mengangkat nilai persahabatan dan menonjolkan kekuatan seorang wanita.

Dalam perkembangan lain, Sherry yang menjayakan telefilem Geng memberitahu ia merupakan naskhah sulungnya selaku penerbit dalam produksi Perempuan Productions.

“Saya dan dua lagi rakan kongsi iaitu Shamaine Othman dan Farah Rani bermula sebagai pelakon teater dan kami selalu pentaskan kisah perempuan yang sering menjadi m4ngsa keadaan.

“Kali ini kita cuba bagi idea pada pihak Astro dan mereka bersetuju untuk hasilkan telefilem ini. Kiranya ini adalah my first baby… saya sangat berpuas hati dan tak sabar menanti maklum balas penonton,” ujarnya.

Selain Sherry, Geng turut dibintangi oleh Lisa Surihani, Nadiya Nisaa, Hisham hamid, Alif Satar dan Fatimah Abu Bakar.

Telefilem arahan Umi Salwana Omar ini akan bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 18 Julai ini.

Video: 

Video: 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Maaf jika tersinggung… seronok menari sampai naik sheikh ” – Aksi lincah Sherry Alhadad Tarik Tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*