Lapan Minggu Hamil Anak Ke-2, Amyra Rosli Mula Mengidam, Aqeef Anaqi Pula Tunjuk Sikap Manja

PELAKON Amyra Rosli memberitahu anak sulung mereka, Aqeef Anaqi mula menunjukkan sikap manja luar biasa sejak dia disahkan hamil anak kedua awal Jun lalu.

Isteri pelakon Amar Baharin ini berkata, Anaqi yang kini berusia dua tahun itu seakan-akan mengetahui bakal menjadi seorang abang apabila enggan berenggang walaupun pada waktu tidur.

“Anaqi seolah-olah tahu dia bakal menjadi abang biarpun Amyra belum lagi disahkan hamil ketika itu.

Aqeef Anaqi mula tunjuk sifat manja luar biasa.

“Dia enggan berenggang terutama pada waktu tidur, lebih melucukan dia gemar tidur di atas muka Amyra sejak kebelakangan ini” katanya kepada mStar.

Pasangan ini ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan di Ampang, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Amyra yang kini hamil lapan minggu mendedahkan dia mula gemar melayari laman sosial untuk membeli pelbagai jenis makanan.

Amyra sanggup buat pesanan kek yang diidami dari Sabah.

“Kalau ikutkan kandungan ini masih lagi berada di peringkat awal, tapi saya sudah mula mengidam pelbagai jenis makanan.

“Hampir setiap hari saya akan memesan pelbagai jenis makanan yang dijual atas talian, baru sebentar tadi saya beli sejenis kek gulung di Sabah,” tambah Amyra.

Isnin lalu, Amar mengumumkan isterinya kini hamil anak kedua mereka menerusi laman sosial.

Pasangan ini berkahwin pada November 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki Aqeef Anaqi, 2.

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lapan Minggu Hamil Anak Ke-2, Amyra Rosli Mula Mengidam, Aqeef Anaqi Pula Tunjuk Sikap Manja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*