“Kami Cukup Bahagia Sehinggalah ‘Haram’ Tu Mai”- Rizalman Cemburu Hael & Dayang, Netizen Terhibur

Pereka fesyen dan usahawan, Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi satu foto ‘throwback’ dirinya bersama penyanyi Dayang Nurfaizah.

Menerusi Instagram Rizalman, beliau yang terkenal sebagai pereka busana gah Dayang di atas pentas itu seolah-olah cemburu dengan pasangan duet Dayang.

“Zaman ni kami cukup bahagia sehinggalah ‘Haram’ tu mai,” tulis Rizalman menerusi ruangan kapsyen.

‘Haram’ tersebut merujuk kepada penyanyi Hael Husaini yang kini dikatakan sedang rapat dengan penyanyi kelahiran Sarawak itu. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

zaman ni kami cukop bahagia sehinggalah ‘Haram’ tu mai

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Foto beserta kapsyen itu mendapat perhatian Hael sendiri yang turut meninggalkan emoji ketawa pada ruangan komen.

Minggu lalu, Dayang terlebih dahulu memuat naik sebuah video persembahannya pada program Hiburan Minggu Ini sekitar tahun 2001.

Pada persembahan itulah Dayang pertama kali menggunakan khidmat Rizalman sebagai pereka busana dan hubungan baik yang terjalin sejak 18 tahun itu kekal hingga sekarang. 

Ada netizen yang menggelarkan pasangan ini sebagai #FriendshipGoals dan turut menggunakan tanda pagar #RizYang. 

Malah, ada yang memberi cadangan untuk beliau beralih kepada Neelofa jika Hael berjaya merampas Dayang daripadanya. 

Terdahulu, Dayang dan Hael dikatakan mempunyai hubungan istimewa berikutan sekeping foto raya yang dimuatnaik oleh Hael.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ALHAMDULILLAH last Syawal

A post shared by HARI INI(New Release) (@haelhusaini) on

Foto mereka berdua bersama anak angkat Hael dan anak saudara Dayang itu mendapat restu dan doa netizen. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kami Cukup Bahagia Sehinggalah ‘Haram’ Tu Mai”- Rizalman Cemburu Hael & Dayang, Netizen Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*