“Kami berpisah bukan sebab berg4duh” – Vanidah Imran Selesa Berlakon Dengan Rashidi Ishak

Vanida dan Rashidi tiada masalah untuk bekerjasama biarpun sudah bercer4i.

PELAKON Vanidah Imran menjelaskan dia tidak berdepan sebarang masalah sepanjang penggambaran sebuah filem yang turut melibatkan bekas suami Rashidi Ishak.

Vanidah, 46, berkata, mereka bersikap profesional demi menjalankan tanggungjawab dan kepentingan kerjaya sebagai pelakon.

“Kami bukannya berg4duh, bukan perp1sahan yang tervk dan ‘bitter’. Jadi tiada mas4lah untuk kami bekerjasama dalam satu filem.

Anak-anak kini dibawah penjagaan Vanida.

“Sebenarnya tawaran lakonan filem ini diterima selepas perceraian kami, kenapa perlu bermasam muka? 

“Tak kan la mahu tolak tawaran hanya kerana tidak mahu berjumpa. Kami masing-masing ada periuk nasi yang perlu dijaga,” kata Vanidah kepada mStar.

Vanidah ditemui pada majlis sidang media Kempen Cinta Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan & Seni Budaya pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem The Red Kebaya ini menjelaskan bakal menyambung kembali pelajarannya dalam peringkat sarjana muda yang sudah tertangguh dua semester.

Vanida bakal menyambungkan kembali pelajaran yang tertangguh dua semester.

“Pelajaran saya dalam peringkat sarjana muda seni persembahan drama sudah tertangguh dua semester, semuanya kerana memberi fokus kepada anak sulung yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

“Dan penangguhan itu sama sekali tidak membabitkan kisah keruntuhan rumah tangga dengan bekas suami tahun lalu,” tambahnya.

Vanidah dan Rashidi berkahwin 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18 dan Mariyam Rashika yang kini berusia 15 tahun.

Namun, rumah tangga yang dibina selama 17 tahun musnah apabila mereka memutuskan untuk bercer4i pada 9 Ogos 2018.

beberapa bulan mendiamkan diri mengenai status sebenar perkahwinannya dengan Vanidah Imran, pelakon Rashidi Ishak akhirnya mengakui mereka sudah bercer4i pada 9 Ogos tahun lalu.

Rashidi berkata, dia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan mengenai perkara itu daripada pengetahuan umum namun tindakannya itu semata-mata bagi melindungi dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan terdekat.

“Pada 9 Ogos 2018, saya dan Vanidah telah memfailkan pembubaran perkahwinan kami.

 

Kenyataan Rashidi di Instagram miliknya.

“Dan secara rasmi di hadapan hakim di M4hkamah Syariah Kuala Lumpur, kami menamatkan perkahwinan selama 17 tahun dengan rasa hormat dan persefahaman,” katanya menerusi Instagram.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18 dan Mariyam Rashika, 15.


Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariyam Rashika dan Mikhail Imran. 

Sebelum ini, mStar Online pernah mendapatkan reaksi berhubung dakwaan mereka sudah bercerai namun aktres itu enggan memberi komen terhadap khabar angin itu.

Mengulas mengenai perceraian itu, Rashidi mengakui kelemahannya dalam memimpin rumah tangga menjadi penyebab perpisahan itu.

“Pentadbiran yang gagal dalam mana-mana institusi adalah disebabkan oleh kempimpinan yang lemah dan tidak cekap.

Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000.

“Dalam perkahwinan, kesalahan terhadap keruntuhan pasangan itu adalah terletak pada Imam. Mungkin benar atau tidak, tetapi seorang pemimpin yang hebat akan sentiasa bersinar tidak kira pada masa baik atau buruk.

“Saya tidak, apatah lagi seorang Imam yang baik,” katanya.

 

Dalam pada itu, Rashidi turut berterima kasih atas sokongan ditunjukkan kepada mereka terutamanya kepada Vanidah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kami berpisah bukan sebab berg4duh” – Vanidah Imran Selesa Berlakon Dengan Rashidi Ishak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*