Hukvm Dan Hikmah Berkahwin

Pernikahan adalah ibadah serta penyatuan dua jiwa (serta dua keluarga) dan pasangan kita adalah amanah untuk kita.

Allah menjadikan institusi perkahwinan ini adalah untuk memenuhi tuntutan s-ek-sual manusia dan jalan mendapatkan zuriat.

Terdapat tiga jenis dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiyah al-Awlad fi al-Islam; iaitu perkahwinan adalah fitrah manusia, kepentingan dalam masyarakat dan perkahwinan juga penyucian dan pemilihan hati.

Hukvm asal perkahwinan adalah harus mengikut Mazhab Syafii. Namun para fuqaha menjelaskan hukvm berkahwin berbeza mengikut keadaan seseorang.

Hukvm berkahwin boleh jatuh kepada har4m, jika berkahwin hanya dengan niat untuk menzalimi pasangannya.

Jika sudah berkemampuan pula tetapi t4kut buat perkara mungk4r, hukum berkahwinnya sudah sampai kepada tahap wajib.

seseorang berkeinginan tetapi masih terpelihara daripada perkara keji jika tidak berkahwin, maka hukvm untuk dia berkahwin adalah sunat.

Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud,“”Wahai sekalian remaja, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kem4luan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi n4fsunya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di bawah ini saya titipkan sebahagian perkongsian tentang perkahwinan melalui Majalah Solusi dan al-Ustaz.

Apakah di sebalik makna pernikahan?

Nikah menurut bahasa ialah bertemu, berkumpul dan bercampur.

Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan pers3tubvhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Antara makna di sebalik pernikahan ini:

– Mendekatkan diri kepada Allah

Pasangan adalah cermin diri kita. Perlu saling minta dan memberi nasihat. Bertakwa dan berdoalah agar amanah dan cinta kita ini berlanjutan hingga ke akh1rat.

– Melahirkan sakinah, mawaddah dan rahmah.

Sakinah adalah ketenangan di antara dua jiwa. Mawaddah pula adalah kasih, maddiah (berbentuk material), bukan beerti harus mewah, namun saling menghadiahkan dan menggembirakan dengan sesuatu yang disukai dan disenangi pasangan.

Manakala rahmah pula adalah rahmat, kurnia, kasih sayang seperti kepercayaan dan perhatian yang mendalam.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah ar-Ruum ayat 21)

Hikmah perkahwinan

– Sunnah para Nabi dan Rasul

Dalam kesungguhan beribadah dan kesibukan menguruskan umat dan negara, mereka tetap berkahwin dan dapat menjaga keluarga.

– Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram

Dengan adanya ikatan kasih dan sayang, hidup berpasangan akan menjadikan diri kita aman dan tenteram.

– Memelihara iman (penghalang maksiat)

Dengan berkahwin, dapat menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan serta n4fsu seseorang.

Perkahwinan mampu menjadi benteng kerana kita akan cuba menjauhi fitn4h, mengawal n4fsu diri dan menjaga hak pasangan kita.

– Mengikis rasa bimbang akan rezeki

Berkahwin tidak akan membuatkan kita misk1n. Ada rezeki dan bahagian untuk pasangan dan anak-anak kita kelak.

Ini kerana wujud konsep tolong menolong dan saling berjimat di kalangan pasangan.

Perbaikilah ibadah (doa dan solat dhuha misalnya) serta usaha untuk lebih menambah rezeki.

– Mengembangkan keturunan

Untuk menambahkan lagi zuriat beriman yang akan memakmurkan bumi Allah.

– Mewujudkan displin

Perkahwinan akan mewujudkan displin dalam sesuatu rumah tangga itu. Tugas dan tanggungjawab akan diagihkan. Semuanya akan menjadi lebih teratur.

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membi4kkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’ ayat 1)

Cabaran pasti saja ada, namun kefahaman dan perhatian terhadap pasangan harus ditambah dengan ilmu untuk melahirkan kasih sayang yang lebih beerti.

Moga keduanya akan saling hormat dan cinta hingga ke akhir hayat serta rumah tangga yang dibina akan disemarakkan lagi dengan suasana sakinah, mawaddah dan rahmah.

Insya-Allah, Ameen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hukvm Dan Hikmah Berkahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*