Hubb Fillah: Satu Manifestasi

Si kucing berbulu gebu yang montel terkul4i lem4h di atas lantai garaj. Terlihat kesan d4rah pada kedua belah kaki belakangnya. Mulut comelnya mengiau serak buat kali terakhir sebelum naf4snya ber4khir.

Tuannya, seorang gadis awal 20-an berteleku di sisi tubuh kecil tak berny4wa itu, hanya mampu men4ngis sambil ditemani bunyi rintik hujan yang membasahi bumi Ilahi lewat petang itu. Tanpa niat untuk bertangguh, tubuh kaku berbulu gebu itu segera disem4dikan sebelum petang beralih ke senja.

Kerana hatinya masih terkesan dengan kem4tian tragis makhluk comel itu, gadis meluah rasa dengan ibunya.

“Ibu, kenapa kucing-kucing yang kita pelihara – hampir semuanya m4ti, kalau tidak m4ti pun menghilang tak berjejak– saat kesemuanya sedang membesar dengan comel, n4kal-n4kal, malah seronok nak dibawa bermain?” tanya si gadis dengan wajah yang polos.

Ibu terdiam sejenak sebelum menjawab. Barangkali memikir ayat yang paling sesuai untuk memujuk hati anak gadisnya.

“Kadang-kadang, kita terlalu sayangkan makhluk Allah – manusia atau haiwan hatta harta sekalipun – berlebih-lebihan. Mungkin sebab tu, bila Allah ambil semula milikNya, kita jadi sedih teramat.”

Sekali nafas, dan ayat ibu tak berjela. Cukup buat si gadis tersedu kembali. Kembali menghisab khilaf diri.

Cinta Orang Beriman

Cinta kerana Allah. Bunyinya kedengaran agak klise. Melafazkannya mudah, akan tetapi, kebanyakan dari kita sering kali tersilap atau terbabas dari landasan konsep sebenar dalam memaknakannya. Acap kali juga skop cinta-kerana-Allah itu hanya dibataskan dengan gambaran cinta insani sahaja, tanpa menyedari bahawa skopnya sangat terdampar meluas.

“Orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.”
(Al-Baqarah : 165)

Begitulah yang digambarkan oleh Allah dalam kalamNya. Besarnya cinta seorang yang beriman itu kepada Penciptanya dipamerkan melalui ketaatannya menjalani tanggungjawab selayaknya sebagai seorang hamba di muka bumi ini.

Seorang muslim yang konsisten memelihara imannya akan sentiasa berusaha memanifestasikan hub-fillah dalam segenap saat amalan hariannya.

Muslim yang sedar akan tanggungjawabnya akan sentiasa berusaha memenuhi hak-hak Tuhannya dengan baik, memandang nikmat dan musib4h sebagai tanda tarbiah Ilahi serta jauh dari bu ruk sangka terhadap Allah. Segala harta yang dipunyai, termanfaat bukan untuk kepentingan diri sendiri sahaja, tapi diinfaq juga untuk manfaat umat.

Dalam konteks keluarga dan persahabatan, hubungan baik antara keduanya dipelihara dengan penuh ikhlas, tanpa syarat. Ya, mungkin saja ada di luar sana yang berbaik-baik dengan keluarga atau memperluaskan jaringan sahabat kerana ada kemaslahatan tertentu untuk diri sendiri dan hubungan ini selalunya tidak akan pernah kekal lama dan selalunya akan dibungai dengan prasangka mahupun seng keta.

Jika dia seorang yang penyayang terhadap haiwan, dia tidak akan membezakan cara layanannya terhadap haiwan – sama ada peliharaan mahupun gel4dangan.

Ya, mungkin ada yang mengaku sayangkan haiwan, tetapi terbatas pada haiwan peliharaan yang cantik dan comel sahaja, tetapi tidak pada haiwan jalanan yang mungkin terlihat berku dis malah berkuutu.

Malah dalam konteks seorang pekerja yang bekerja dalam lapangan apa sekalipun, pastikan kerja yang dilakukan tidak menghalang diri dari menunaikan perintah Allah yang wajib. Sentiasa tanamkan di dalam hati, bahawa kerja yang dilakukan hanya kerana kita punya tanggungjawab tersendiri kepada umat dan bukan sekadar mengejar gaji sahaja.

Pendek kata, apa yang kita lakukan di dunia ini adalah sebagai alat untuk mencapai matlamatnya iaitu kebahagiaan di akh1rat.

Pendek kata, apa yang kita lakukan di dunia ini adalah sebagai alat untuk mencapai matlamatnya iaitu kebahagiaan di akh1rat.

Dan jika ditakdirkan Allah menarik segala nikmat keduniaan yang ada pada kita, kita tidak akan merasa kesed1han yang dahsyat seolah-olah nikmat itu yang membuatkan kita hidup di dunia. Sepertinya jika tiada nikmat itu, maka hidup kita tidak bermakna. Kerana punya iman dan keyakinan, segala nikmat itu hanya milik Tuhan dan bersifat pinjaman, maka Allah berhak mengambilnya semula.

Sesuai dengan firman Allah:
“Orang-orang yang apabila ditimpa musib4h, mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali” “
(Al-Baqarah : 156)

Agar Semakin Kenal Allah

Apabila hati dilimpahi iman, apa saja amalan pasti menjadi wasilah bagi diri untuk mengenal Allah. Walaupun ketika melakukan pekerjaan yang disukai atau hobi kegemaran di masa lapang, ia tidak menjadi mekanisme penebat dari beribadat kepada Allah.

Agar halaju iman sentiasa bertambah nilai positif, sentiasalah audit diri, perbaiki niat dan ingat matlamat sebenar sebagai seorang hamba. Biarpun mungkin ada ketikanya khilaf atau kadar iman sedang menjunam negatif, tapi hatinya segera sedar lantas kembali bangkit.

Semoga cinta yang dibaja dengan benih keimanan mampu berkembang dan melata menjadi medan magnet menarik manusia-manusia di sekeliling kita untuk turut sama kembali kepada Pencipta.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hubb Fillah: Satu Manifestasi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*