Gadis Ini Keliru Melihat Ayahnya Siap Beruniform Juruterbang, Perjalanan Ke Australia Rupanya Dipandu Bapa

SIAPA yang tidak teruja apabila hari yang ditunggu-tunggu untuk ‘terbang’ ke Australia akhirnya tiba.

Begitulah yang berlaku terhadap Fatini Batrisyia Mohamad Fildza pada Khamis sewaktu dia bersama kedua ibu bapanya bertolak ke negara kanggaru itu untuk menziarahi kakaknya, Farhana Kamalia.

Namun, rasa teruja itu bertukar keliru saat gadis berusia 18 tahun itu melihat bapanya, Mohamad Fildza Yaacob lengkap dalam pakaian seragam kerjanya.

Langsung tidak disangka, namun lelaki berusia 48 tahun itu tidak akan bersama dia dan ibunya di kerusi penumpang, sebaliknya akan mengemudi pesawat yang dinaiki mereka.

Bercerita kepada mStar, anak kepada juruterbang itu berkata, kekeliruan mula timbul sewaktu mereka sedang mengisi bagasi ke dalam kenderaan sebelum berangkat ke lapangan terbang.

Ibu bapa Fatini yang turut berangkat ke Adelaide bersamanya pada Khamis.

“Masa tengah masukkan bagasi dalam kereta saya baru perasan dia pakai seragam kerja.

“Saya jadi blur, kenapa dia pakai baju kerja sebab yang saya tahu, kami bertiga pergi sekali ke Adelaide.

“Jadi bila saya tanya ayah, baru dia beritahu bahawa dia yang bawa pesawat ke Adelaide ni.

“Mak saya tahu, saya sorang je tak tahu. Mak saya p3rli la, dia kata takkan la ayah pakai seragam sebagai hiasan je,” ujar Fatini secara berseloroh sewaktu dihubungi pada Jumaat.

Rasa excited la juga, sebab sebelum ni orang lain tapi kali ni ayah sendiri bawa pesawat. 

FATINI BATRISYIA

Bercita-cita untuk mengikut jejak langkah bapanya, Fatini menjelaskan ia merupakan pengalaman pertama menaiki pesawat yang dikendalikan oleh bapanya.

Mengakui teruja, ia turut menambahkan lagi motivasi dirinya untuk terus bekerja keras dalam merealisasikan cita-citanya itu.

Fatini bersama keluarganya.

“Rasa excited la juga, sebab sebelum ni orang lain tapi kali ni ayah sendiri bawa pesawat. Dengan ayah, dia kadang-kadang akan bercerita mengenai hal-hal berkaitan juruterbang.

“Ajar perkara-perkara asas, sebab saya pun minat nak jadi juruterbang. Saya minat sebab suka melancong. Dulu tak ramai juruterbang perempuan, ia bagi inspirasi untuk saya pilih kerjaya ini,” katanya sambil menambah ia bukan kunjungan pertamanya ke Australia.

Fatini dan ibu bapanya akan berangkat pulang ke tanah air pada Ahad ini.

Sepanjang berada di sana sehingga Ahad ini, dia merancang untuk meneroka kota Adelaide bersama keluarganya.

Dalam pada itu, posting Fatini mengenai hal itu menerima reaksi ramai apabila ia menerima lebih 12,400 ulang kicau (Retweet).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Gadis Ini Keliru Melihat Ayahnya Siap Beruniform Juruterbang, Perjalanan Ke Australia Rupanya Dipandu Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*