Emma Maembong ulas hubungan dengan Noki (K-Clique), tidak pernah bercinta dengan Syed Abdullah

SPEKUuLASI hubungan cinta antara pelakon Emma Maembong dan anggota kumpulan K-Clique, Noki mula hangat diperkatakan selepas aktres itu kerap memuat naik foto bersama.

Bagaimanapun, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, berkata, mereka sudah mengenali sejak tujuh tahun lalu dan hanya rapat sebagai seorang kawan.

“Sebenarnya Noki adalah adik kepada kawan baik saya iaitu Lala dan kami sudah kenal satu sama lain sejak tujuh tahun lalu.

“Sebelum ini saya ada juga berkongsi gambar dengan dia tapi mungkin orang baru perasan dan mula berkata-kata sebab sekarang dia semakin popular.

“Saya dan dia tiada sebarang hubungan istimewa pun tetapi kami memang berkawan baik,” kata Emma kepada mStar.

Emma ditemui ketika malam Anugerah Stail Eh! di Hotel EQ, Equatorial Plaza, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Emma sebelum ini pernah dikatakan mempunyai hubungan dengan abang kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah apabila foto-foto mereka bercuti di luar negara tersebar di internet.

Emma masih solo selagi belum berkahwin.

Dalam pada itu, pelakon drama Awak Suka Saya Tak ini menegaskan dia dan Syed Abdullah tidak pernah bercinta dan beranggapan dia berhak untuk mempunyai ramai kawan.

“Sejak bila kami bercinta? Saya dan dia berkawan sahaja. Saya sentiasa berhubung baik dengan semua orang sebab bagi saya tak salah pun kita ada ramai kawan.

“Tak ada seorang pun yang saya bermuusuh sebab saya lihat industri ini kecil sahaja, pusing-pusing nanti jumpa balik.

“Tapi setakat ini saya masih solo, selagi belum berkahwin,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Emma Maembong ulas hubungan dengan Noki (K-Clique), tidak pernah bercinta dengan Syed Abdullah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*