“Dua bulan bersedih, berkurung dalam bilik” – Fara Hezel Dedah Rancangan bertunang tidak menjadi

Fara Hezel sudah bersedia mendirikan rumah tangga. Foto Instagram @official_farahezel

PENYANYI Fara Hezel mengakui bukan mudah memulakan kehidupan baharu selepas hubungan percintaan dan hasrat untuk mengikat tali pertunangan awal tahun lalu tidak kesampaian.

Menurut Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri, 23, dia mengambil masa hampir dua bulan untuk melupakan bekas kekasih yang dikenali sejak dua tahun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SEINDAH LEBARAN BERSAMA FARA HEZEL,AIMAN TINO DAN KELUARGA 27/06/2019 ANJURAN: @offcial_aimantino @offcial_farahezel @yusri_tme @yusririena DENGANKERJASAMA: @rosnizamohdrafit @sitimanjarana RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA : LOKASI : @tkreventhall #dewantkr (team kongsi rezeki) EMCEE : @ianzfaris_jankovic DEWAN,HIASAN HARI RAYA & KATERING : @kateringmarinaindah @azrulmisahcanopy @zylynngallery @azza_ratuayu PHOTOGRAFER : @kamalfotozoom PHOTOBOOTH : @kotaklensa PA SYSTEM : @jeffry_soundvision BANNER : @redcard1stop HIASAN HARI LAHIR : @raudhah_surprise MINYAK WANGI : @anissofficial KAMBING GOLEK : @mrwok_official AISKRIM : @icelykl_official CENDOL : @yummy2catering KEK HARI RAYA : @mypuratos KEK HARIJADI : @nenek_kek KUIH MUIH : @jalis_bake Design banner by @apeesprinting #seindahlebaranbersamafarahezel #seindahlebaranbersamaaimantino #seindahlebaranbersamafarahezelaimantinodankeluarga #rayakansebulan

A post shared by Farahezel (@official_farahezel) on

“Kalau ikutkan memang awal Januari lalu kami bertunang… tapi tak jadi! Ada sebab kami putuskan hubungan.

“Hampir dua bulan saya ambil masa untuk move on dan kembali okay sebab dua tahun kami berkawan tapi akhirnya tak ke mana.

Fara Hezel bersama keluarganya ketika sambutan ulang tahun kelahiran Aiman Tino yang ke-21, baru-baru ini.

“Sepanjang melalui waktu kesedihan itu saya hanya tonton televisyen, berkurung dalam bilik dan luangkan masa dengan keluarga,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Fara berkata dia enggan lagi menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki dan memilih untuk terus mendirikan rumah tangga.

“Selepas ini kalau ada mana-mana lelaki yang serius nak mengenali saya, terus masuk meminang dan kahwin.

Fara Hezel mungkin menyambung pengajian bagi peringkat ijazah sarjana muda tidak lama lagi.

“Saya tak nak fikir lagi fasal bercinta-cinta ini, sebab rasanya umur 24 atau 25 tahun ini adalah waktu usia yang sesuai untuk seorang perempuan berkahwin,” ujarnya.

Dalam pada itu, kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini berkata dia tidak bimbang jika perkahwinan akan membuatkan karier seninya malap.

“Saya sedar tentang perkara itu tapi bagi saya kedua-duanya penting dan perlu diseimbangkan.

“Soal karier berbalik kepada soal rezeki dan perkahwinan itu juga satu rahmat untuk semua. Jadi saya percaya dengan apa yang telah diaturkan Allah dan setiap yang berlaku ada hikmahnya,” katanya

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Dua bulan bersedih, berkurung dalam bilik” – Fara Hezel Dedah Rancangan bertunang tidak menjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*